Resipi Sotong Ketuk Serai Kuah Hitam, Lauk Mudah Dimasak & Buat Makan Berselera!

Imej
https://ift.tt/qaBCyR0 Kalau cakap pasal lauk sotong, mesti ramai terus terbayang sotong goreng kunyit, sotong sambal atau sotong masak lemak kan? Tapi sebenarnya, ada satu lagi menu klasik yang makin jarang kita jumpa iaitu Resepi Sotong Masak Hitam. Menu ini dimasak dengan serai dan bawang. Kuahnya pekat berwarna gelap dan ada rasa manis semula jadi daripada dakwat sotong. Resipi ini juga cukup mudah dan tak perlukan banyak bahan pun. Tak perlu tumis, cuma masukkan semua bahan dan biar mendidih atas dapur. Aroma serai yang wangi bila bergabung dengan bawang memang buat kita tak sabar nak makan. Kuahnya yang hitam dan sedikit likat pula sangat padu bila dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nampak saja simple, tapi rasa dia memang lain macam! Jom cuba sendiri resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini di rumah. Confirm licin pinggan! Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat! RESEPI SOTONG MASAK HITAM Bahan-bahan: 500 gra...

Resipi Sambal Kering Tongkeng Ayam ‘Padu’, Nikmatnya Sampai Orang Cuit Pun Tak Sedar!

https://ift.tt/iaIT2dA

tongkeng ayam

Kalau sebut tongkeng ayam, mesti ramai yang terbayang-bayang betapa sedapnya bila digoreng rangup atau dimasak sambal. Walaupun kecil, bahagian ini memang penuh rasa, juicy dan cukup padu.

Hari ini MyResipi nak kongsikan satu resipi simple tapi power iaitu Sambal Kering Tongkeng Ayam. Resipi ini memang sesuai untuk peminat makanan pedas dan berlemak. Kalau buat makan dengan nasi putih panas-panas, memang boleh bertambah dua, tiga pinggan tanpa sedar!

Yang menariknya, resipi ini bukan hanya boleh guna tongkeng ayam saja. Nak pakai bahagian ayam lain atau ikan pun boleh, ikut selera masing-masing. Cara masak dia pun sangat senang, tak perlu banyak bahan dan tak ambil masa lama pun.

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

RESIPI SAMBAL KERING TONGKENG AYAM

tongkeng ayam

Bahan-bahan:

  • Tongkeng ayam (montot ayam)
  • Segenggam cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Cuka atau asam keping

Cara memasak:

  1. Gaulkan bontot ayam dengan kunyit hidup dan garam hingga sebati. Gorengkan dalam minyak yang sedikit. (Jangan risau, masa goreng nanti tongkeng akan keluarkan minyak sendiri.) Bila sudah masak, angkat dan ketepikan.
  2. Kisar kering cili kering, 2 biji bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Kemudian, masukkan 2 biji bawang besar yang dihiris tebal bersama bontot ayam tadi. Gaul rata supaya semua tongkeng bersalut sambal dengan sekata.
  4. Siap! Boleh terus angkat dan hidangkan.

Nota: Resipi ini juga boleh digunakan untuk bahagian ayam lain atau ikan. Selamat mencuba!

Sumber: Yasmin Dayanti Fami

Baca juga: Cara Rebus Kaki Ayam Agar Hilang Segala Bau Hanyir, Barulah Berselera Nak Makan!

The post Resipi Sambal Kering Tongkeng Ayam ‘Padu’, Nikmatnya Sampai Orang Cuit Pun Tak Sedar! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan