Resepi Ayam Goreng Ketumbar Beraroma, Rangup & Wangi Bukan Main Lagi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Selama ini sudah sering masak dalam versi biasa, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba resepi Ayam Goreng Ketumbar pula. Setelah mencubanya sekali, pasti teringin lagi nanti.
Cara masak Ayam Goreng Ketumbar sama saja seperti ayam goreng biasa, cuma ia dimasak menggunakan rempah ketumbar sebagai bahan utama perapannya.
Kami tertarik dengan perkongsian Farah_Hanani_Azalan di Lemon8 tentang resepi Ayam Goreng Ketumbar yang sangat memikat selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Berempah Mudah, Serdak Meriah Sampai Sedap Meratah
RESEPI AYAM GORENG KETUMBAR
Bahan-bahan:
- 1 cawan biji ketumbar
- Ayam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung beras
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan-bahan kisar:
- ½ biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- ½ cawan air
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk kasar biji ketumbar.
2. Kemudian, satukan ayam, tepung jagung, tepung beras, garam, serbuk perasa, biji ketumbar yang telah ditumbuk kasar dan bahan kisar dalam bekas.
3. Selepas itu, gaul sebati dan perap selama 30 minit.
4. Seterusnya, panaskan minyak masak.
5. Akhir sekali, goreng sampai ayam masak dan garing, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Aroamnya yang harum dan kaya dengan rempah membuatkan Ayam Goreng Ketumbar disukai ramai. Selain itu, isi ayam yang lembut bersama bahagian luar yang garing boleh buat selera terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Farah_Hanani_Azalan
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Wangi Semerbak, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau
The post Resepi Ayam Goreng Ketumbar Beraroma, Rangup & Wangi Bukan Main Lagi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan