Langkau ke kandungan utama

Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini!

Imej
https://ift.tt/vYrNfkc Kalau sebut pasal resepi singgang ikan tongkol, pasti ramai yang terus terbayang kesegaran kuahnya yang masam-masam pedas, kan? Menu ini bukan sahaja kegemaran ramai rakyat Malaysia, terutamanya di Pantai Timur, malah ia sangat menyihatkan kerana tidak menggunakan setitik minyak pun! Kali ini, kami kongsikan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Sis Auni yang sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Makan dengan nasi panas dan budu, memang boleh bertambah dua pinggan! Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL Bahan-bahan: Ikan tongkol/aya (dipotong keping dan dibersihkan) Bawang merah kecil (dihiris) Bawang putih (dihiris) Lengkuas (dihiris) Kunyit hidup (dihiris) Serai (diketuk) Asam keping Cili padi/cili merah Kacang bendi Garam/bahan perasa (secukup rasa) Budu (pilihan – untuk rasa asli kelantan) Air (secukupnya untuk kuah) Cara-cara penyediaa...

Resipi Pancake Gebu Paling Senang, 10 Minit Siap & Confirm Menjadi Setiap Kali Buat

https://ift.tt/dJVl3QW

pancake gebu

Kalau anda nak buat pancake gebu yang lembut dan fluffy tanpa perlu skill tinggi, inilah resipi paling senang untuk dicuba. Bahannya simple dan cara buatnya sangat cepat, sesuai untuk sarapan atau minum petang.

Resipi pancake ini viral kerana hasilnya sentiasa menjadi, tak padat, tak leper dan kekal moist. Bancuh, tuang dan balik -balikkan saja, memang resipi tak pernah gagal!

Baca juga: Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

RESIPI PANCAKE GEBU

pancake gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 ¼ cawan susu
  • 3 sudu besar mentega cair / minyak
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara penyediaan:

1. Bancuh Adunan

  • Satukan semua bahan basah.
  • Ayak bahan kering dan masukkan ke dalam campuran basah.
  • Kacau perlahan hingga sebati.

*Biarkan sedikit ketul-ketul kecil — itu rahsia pancake gebu. 

2. Masak Pancake

  • Panaskan kuali non-stick, sapu nipis mentega / minyak.
  • Tuang kira-kira ¼ cawan adunan.
  • Bila muncul buih-buih kecil dan tepi nampak kering, terbalikkan.
  • Masak lagi 1 minit hingga keemasan.

3. Nikmati Pancake Panas-Panas

  • Topping pilihan: madu, coklat cair, pisang, jem atau peanut butter, semuanya masuk!

Tip Supaya Pancake Ekstra Gebu

  • Tambah susu sedikit-sedikit jika adunan terlalu pekat.
  • Jangan overmix adunan supaya pancake kekal ringan.
  • Masak dengan api sederhana agar ia naik cantik tanpa hangus.

Itulah dia resipi pancake yang confirm menjadi setiap kali. Mudah, cepat dan rasa pun memang puas hati. Apa saja topping pun masuk, madu, coklat, buah atau jem.

Selamat mencuba!

Sumber: Jaleyz Annt

Baca juga: Japanese Fluffy Pancake, Pakai Kuali ‘Non-Stick’ Jadi Lebih Gebu!

The post Resipi Pancake Gebu Paling Senang, 10 Minit Siap & Confirm Menjadi Setiap Kali Buat appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan