Langkau ke kandungan utama

Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini!

https://ift.tt/vYrNfkc

resepi singgang ikan tongkol
Kalau sebut pasal resepi singgang ikan tongkol, pasti ramai yang terus terbayang kesegaran kuahnya yang masam-masam pedas, kan? Menu ini bukan sahaja kegemaran ramai rakyat Malaysia, terutamanya di Pantai Timur, malah ia sangat menyihatkan kerana tidak menggunakan setitik minyak pun!

Kali ini, kami kongsikan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Sis Auni yang sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Makan dengan nasi panas dan budu, memang boleh bertambah dua pinggan!

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

resepi singgang ikan tongkol

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol/aya (dipotong keping dan dibersihkan)
  • Bawang merah kecil (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Lengkuas (dihiris)
  • Kunyit hidup (dihiris)
  • Serai (diketuk)
  • Asam keping
  • Cili padi/cili merah
  • Kacang bendi
  • Garam/bahan perasa (secukup rasa)
  • Budu (pilihan – untuk rasa asli kelantan)
  • Air (secukupnya untuk kuah)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, serai yang telah diketuk dan asam keping.
  2. Biarkan kuah mendidih sehingga aroma bahan-bahan tadi keluar. Pada peringkat ini, kuah mungkin akan kelihatan sedikit oren (dari kunyit), tetapi warnanya akan menjadi lebih cantik selepas ikan dimasukkan.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kepingan ikan tongkol.
  4. Seterusnya, masukkan cili merah dan kacang bendi mengikut cita rasa anda.
  5. Masukkan garam atau bahan perasa secukupnya. Anda boleh masukkan bahan perasa lebih awal atau di hujung proses memasak mengikut keselesaan.
  6. Jika anda inginkan rasa singgang versi kelantan yang lebih mantap, tambahkan sedikit budu ke dalam kuah tersebut. Ia akan memberikan rasa lemak masin yang cukup unik!
  7. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ikan masak sempurna dan sayur bendi sedikit lembut. Tutup api dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung, Resipi Mudah Yang Takkan Mengecewakan

The post Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan