Langkau ke kandungan utama

Resipi Daging Black Pepper Yang Empuk & Confirm Tak Liat, Kuahnya Pun Pekat Elok!

Imej
https://ift.tt/ohpgKx8 Sedang mencari idea menu makan tengah hari yang cepat tapi sedap? Resipi daging black pepper adalah pilihan yang paling tepat. Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah anak-anak pun pasti bertambah nasi. Ramai yang bimbang setiap kali masak menu daging sebab takut liat, kan? Jangan risau, dengan teknik rebusan yang kami kongsikan ini, daging gerenti empuk, lembut, dan kuahnya pula pekat melekat Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik RESIPI DAGING BLACK PEPPER Bahan-bahan: 500g daging (dihiris nipis & direbus sehingga empuk) 4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus) 1 biji bawang holland (dihiris bulat/wedges) 1 biji lada benggala (capsicum) (dihiris panjang) 1 biji tomato (dibelah empat) 3 sudu besar sos lada hitam 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar – pilihan) Sedikit air (guna air rebusan daging lebih sedap) Garam dan gula secukup rasa ...

Lempeng Pisang Simple Tapi Mengenyangkan, Ini Cara Bancuh Adunan Paling Senang!

https://ift.tt/aqtl7dc

resipi lempeng pisang

Resipi lempeng pisang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaannya yang ringkas serta bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang, lempeng pisang memang antara menu tradisional yang cepat siap dan mengenyangkan.

Kelebihan resipi lempeng pisang ini terletak pada teksturnya yang lembut di dalam, sedikit rangup di luar dan rasa manis semula jadi daripada pisang masak. Tak perlu guna bahan rumit atau teknik susah, sesuai juga untuk yang baru belajar memasak.

Selain sedap dimakan panas-panas, lempeng pisang juga sesuai dinikmati bersama teh panas atau kopi. Malah, resipi ini sering jadi kegemaran keluarga kerana boleh disesuaikan ikut cita rasa masing-masing.

Baca juga: Resipi Pisang Goreng Thai Rangup & Gerenti Jadi, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti!

RESPI LEMPENG PISANG

resipi lempeng pisang

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang masak (ditos & dilenyek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (ikut manis yang diingini)
  • Kelapa parut secukupnya (untuk inti)
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam mangkuk bersama tepung gandum, gula dan secubit garam. Gaul sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan yang tidak terlalu pekat.
  2. Masukkan kelapa parut ke dalam adunan sebagai inti. Gaul perlahan supaya kelapa tidak hancur dan sebati bersama adunan lempeng.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak atau gunakan kuali tidak melekat bagi mengelakkan lempeng melekat semasa digoreng.
  4. Cedok satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana sehingga permukaan lempeng mula berbuih dan bahagian bawah bertukar keperangan.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga kedua-dua belah masak sekata serta berwarna keemasan.
  6. Angkat dan ulangi proses sehingga adunan habis. Hidangkan lempeng pisang panas bersama teh atau kopi kegemaran.

Sumber: Cornelia Agatha

Baca juga: Resipi Pengat Pisang Tanpa Gula Melaka Tapi Tetap Sedap & Cukup Rasa Lemak Manis!

The post Lempeng Pisang Simple Tapi Mengenyangkan, Ini Cara Bancuh Adunan Paling Senang! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan