Langkau ke kandungan utama

Resipi Daging Black Pepper Yang Empuk & Confirm Tak Liat, Kuahnya Pun Pekat Elok!

https://ift.tt/ohpgKx8

resipi daging black pepper

Sedang mencari idea menu makan tengah hari yang cepat tapi sedap? Resipi daging black pepper adalah pilihan yang paling tepat. Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah anak-anak pun pasti bertambah nasi.

Ramai yang bimbang setiap kali masak menu daging sebab takut liat, kan? Jangan risau, dengan teknik rebusan yang kami kongsikan ini, daging gerenti empuk, lembut, dan kuahnya pula pekat melekat

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

RESIPI DAGING BLACK PEPPER

resipi daging black pepper

Bahan-bahan:

  • 500g daging (dihiris nipis & direbus sehingga empuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)
  • 1 biji bawang holland (dihiris bulat/wedges)
  • 1 biji lada benggala (capsicum) (dihiris panjang)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar – pilihan)
  • Sedikit air (guna air rebusan daging lebih sedap)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Pastikan daging dihiris nipis melawan urat supaya tidak liat. Rebus daging sehingga benar-benar empuk sebelum mula menumis.
  2. Masukkan daging yang telah direbus tadi. Kacau rata bersama bawang putih sehingga sebati.
  3. Masukkan sos lada hitam dan kicap manis. Jika anda mahukan rasa pedas yang lebih kaw, boleh masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
  4. Tambahkan sedikit air (boleh gunakan air rebusan daging tadi). Biarkan ia mereneh seketika sehingga kuah sedikit memekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan hirisan bawang holland dan lada benggala (capsicum). Masak seketika sehingga sayur sedikit layu tetapi masih kekal kerangupannya (crunchy).
  6. Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul rata dalam seminit dua, kemudian tutup api.
  7. Siap! Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Daging Kicap Kuah Hitam Pekat, Bila Masak Bau Wangi Semerbak Dalam Rumah!

The post Resipi Daging Black Pepper Yang Empuk & Confirm Tak Liat, Kuahnya Pun Pekat Elok! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan