Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Daging Perap Grill Penuh Perisa & Wangi, Resipi Ini Pasti Buat Semua Terpikat

Imej
https://ift.tt/ymYL9XH Suka makan daging perap yang sedap dan mudah? Dengan resipi ini, anda boleh hasilkan daging grill lembut, wangi dan penuh perisa hanya dengan bahan simple dari dapur. Resipi daging perap grill sesuai untuk semua hidangan, sama ada makan tengah hari atau malam. Mudah diikuti dan boleh diubah suai mengikut citarasa keluarga. Baca juga: Resipi Ayam Perap Bakar Filipina Paling Juicy, Sekali Cuba Anak-Anak Terus Suka! RESIPI DAGING PERAP Bahan-bahan: 500g daging lembu (sirloin atau ribeye lebih lembut) 3 ulas bawang putih , tumbuk 3 inci halia , tumbuk 1 sudu besar cili kering kisar 1 sudu besar serbuk cili 5 sudu besar sos black pepper 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar kicap manis 2 sudu kecil mix herbs (boleh kurangkan jika tak suka) 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil cukup rasa Sedikit air asam limau Cara-cara penyediaan: 1. Campurkan semua bahan kecuali daging hingga rata menjadi pes perapan wangi. 2. Ma...

Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia

https://ift.tt/rWfel4c

ayam goreng paling sedap

Nak tahu rahsia ayam goreng paling sedap yang rangup di luar tapi juicy di dalam? Resipi Sitinor Sabri ini mudah, cepat dan hasilnya pasti buat semua terulang makan. Rahsianya cuma satu bahan tambahan, tepung beras!

Dengan bahan perapan ringkas seperti kunyit, cili kisar dan sedikit bawang putih, ayam goreng anda akan jadi pilihan utama di meja makan. Tak perlu susah, cukup goreng dalam minyak panas dan nikmati ayam goreng paling sedap seperti restoran di rumah sendiri.

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESIPI AYAM GORENG PALING SEDAP

ayam goreng paling sedap

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong ikut saiz pilihan)
  • Serbuk kunyit – untuk warna cantik dan aroma wangi
  • Cili kisar – ikut selera, nak pedas pun boleh
  • Tepung beras – rahsia kulit rangup
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk perasa – pilihan
  • Lada sulah – pilihan, untuk sedikit rasa pedas
  • Bawang putih – tumbuk atau cincang, pilihan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan perapan dengan ayam hingga rata.

2. Perap sekurang-kurangnya 15-20 minit supaya ayam lebih sedap dan rempah meresap.

3. Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak betul-betul panas.

4. Goreng ayam dengan api sederhana supaya kulit rangup tapi isi tetap juicy.

5. Angkat dan tos minyak. Sedia dihidang!

Tips Rahsia Ayam Goreng Paling Sedap

  • Tepung beras kunci untuk kulit rangup. Campur sedikit tepung gandum kalau mahu tekstur lain, tapi tepung beras tetap terbaik.
  • Jangan goreng dengan api terlalu tinggi, nanti luar cepat hangus tapi dalam belum masak.
  • Nak lebih sedap? Tambah herba seperti thyme atau rosemary dalam perapan untuk aroma tambahan.

Resipi ini viral sebab mudah, cepat dan hasilnya konsisten ayam goreng sedap yang rangup di luar dan juicy di dalam. Sesuai dimakan dengan nasi panas, mee goreng atau sebagai lauk sampingan.

Selamat mencuba!

Sumber: Sitinor Sabri

Baca juga: Ayam Goreng Berempah Rangup, Ikut Resipi Ini Dapat Serdak Yang Kruk Krak!

The post Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan