Langkau ke kandungan utama

Telur Masak Kicap Simple, Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Berulang

Imej
https://ift.tt/f39aJOF Telur Masak Kicap simple antara lauk paling mudah yang hampir semua orang pernah masak. Walaupun ringkas, lauk ini boleh buat orang makan berulang kali kerana rasanya yang seimbang, manis dan berempah. Resipi Telur Masak Kicap simple sering jadi pilihan kerana bahannya mudah, kos murah dan sesuai dimakan dengan nasi panas atau roti. Ia juga sesuai untuk orang bujang, pelajar dan keluarga. Walaupun resipi oleh Wan Khairiyah tak guna garam, gula atau perasa tambahan, rasanya sudah cukup seimbang daripada kicap manis dan cuka. Ringkas, jimat, tapi rasa padu. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Sup Telur Simple, Cepat & Sedap Hanya Dengan 5 Bahan Saja RESIPI TELUR MASAK KICAP SIMPLE Bahan-bahan: 10 biji telur ayam (digoreng terlebih dahulu) Cili hijau atau cili merah (ikut selera) Bawang besar (dihiris kasar) Bahan-bahan kisar: 1½ biji bawang merah (saiz sederhana) 3 ulas bawang putih ½ sudu besar ketumbar Sedikit halia ½ sudu besar jintan ma...

Resipi Udang Berempah Campak-Campak Paling Senang, Bahan Ringkas Tapi Rasa ‘Power’

https://ift.tt/mvINK1k

udang berempah

Pernah tak balik kerja letih dan terus tiada idea nak masak apa? Resipi Udang Berempah campak-campak ini memang jawapan paling cepat. Tak perlu teknik rumit, tapi rasanya cukup pedas dan berempah sampai menjilat jari.

Resipi Udang Berempah yang dikongsikan oleh Natasha Qalisya di Facebook ini menggunakan teknik campak-campak tanpa proses yang panjang, namun menghasilkan lauk yang kaya rasa dan cukup memuaskan.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

RESIPI UDANG BEREMPAH

udang berempah

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang (dibersihkan)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam atau ikan)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam dan perencah secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 hingga 2 tangkai daun kari
  • Bawang putih dan bawang merah (dipotong)
  • Sedikit air kosong
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga naik aroma.

3. Masukkan rempah kari, serbuk cili, sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.

4. Kacau sebati dan masak sehingga bahan rempah benar-benar masak serta pecah minyak.

5. Tambahkan sedikit air jika perlu.

6. Setelah rempah pecah minyak, masukkan udang ke dalam kuali.

7. Perasakan dengan garam dan perencah secukup rasa.

8. Teruskan memasak sehingga udang berempah masak sempurna dan kuah menjadi lebih pekat.

*Nota: Sekiranya gemarkan udang berempah berkuah, boleh menambah air mengikut keperluan dan reneh seketika sebelum menutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Natasha Qalisya

Baca juga: Resipi Udang Kam Heong Paling Juicy, Pedas Manis Dan Aroma Memikat!

The post Resipi Udang Berempah Campak-Campak Paling Senang, Bahan Ringkas Tapi Rasa ‘Power’ appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan