Telur Masak Kicap Simple, Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Berulang
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Telur Masak Kicap simple antara lauk paling mudah yang hampir semua orang pernah masak. Walaupun ringkas, lauk ini boleh buat orang makan berulang kali kerana rasanya yang seimbang, manis dan berempah.
Resipi Telur Masak Kicap simple sering jadi pilihan kerana bahannya mudah, kos murah dan sesuai dimakan dengan nasi panas atau roti. Ia juga sesuai untuk orang bujang, pelajar dan keluarga.
Walaupun resipi oleh Wan Khairiyah tak guna garam, gula atau perasa tambahan, rasanya sudah cukup seimbang daripada kicap manis dan cuka. Ringkas, jimat, tapi rasa padu. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Sup Telur Simple, Cepat & Sedap Hanya Dengan 5 Bahan Saja
RESIPI TELUR MASAK KICAP SIMPLE

Bahan-bahan:
- 10 biji telur ayam (digoreng terlebih dahulu)
- Cili hijau atau cili merah (ikut selera)
- Bawang besar (dihiris kasar)
Bahan-bahan kisar:
- 1½ biji bawang merah (saiz sederhana)
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu besar ketumbar
- Sedikit halia
- ½ sudu besar jintan manis
- ½ sudu besar jintan putih
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng telur seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
3. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kicap manis, sedikit cuka dan air secukupnya. Kacau dan biarkan hingga kuah mendidih.
4. Masukkan telur goreng, cili dan bawang besar. Gaul rata dan biarkan seketika supaya kuah meresap ke dalam telur.
5. Bila kuah pekat dan telur bersalut cantik, boleh tutup api.
Tips supaya telur masak kicap lebih sedap:
- Goreng telur hingga sedikit garing di luar.
- Jangan tergesa-gesa semasa tumis bahan kisar.
- Gunakan kicap manis berkualiti untuk rasa lebih lemak.
- Biarkan telur reneh seketika supaya kuah betul-betul meresap.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Khairiyah
Baca juga: Cara Masak Telur Sambal Tak Pecah Kuning, Ramai ‘Save’ Sebab Terlalu Menjadi!
The post Telur Masak Kicap Simple, Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Berulang appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan