Resepi Cucur Kembung Manis Paling Mudah, Tak Keras Walaupun Sejuk
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Selalu kecewa bila cucur jadi keras selepas sejuk? Jangan risau, resepi Cucur Kembung Manis ini memang penyelamat. Walaupun sudah sejuk, cucur tetap lembut, gebu dan kembang cantik. Paling best, guna bahan ringkas yang memang ada di dapur!
Resepi Cucur Kembung Manis yang dikongsikan oleh Bunga Dahlia di Facebook ini menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaannya sangat mudah, tak renyah dan hasilnya konsisten. Sesuai untuk sarapan pagi atau hidangan minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Resepi Cucur Viral Guna Tepung Kek, Kekal Rangup Walaupun Sejuk!
RESEPI CUCUR KEMBUNG MANIS

Bahan-bahan:
- 1 sudu besar yis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat manis
- Secubit garam
- Air secukupnya (air biasa)
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi adunan cucur biasa, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Tutup bekas dan perap selama 30 minit hingga 1 jam sehingga adunan naik dan berbuih.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
5. Cedok adunan dan goreng hingga cucur kembang cantik serta berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Tip penting supaya cucur lebih kembang dan lembut:
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.
- Jangan kacau adunan selepas diperap.
- Gunakan api sederhana supaya cucur masak sekata.
- Jangan goreng terlalu lama agar cucur tidak keras.
Ramai yang telah mencuba resepi ini dan berpuas hati kerana cucur tetap lembut walaupun sudah sejuk. Teksturnya gebu di dalam dan sedap dimakan begitu sahaja atau bersama air panas.
Dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang mudah, resepi Cucur Kembung Manis ini memang sesuai untuk semua, termasuk yang baru belajar memasak.
Selamat mencuba!
Sumber: Bunga Dahlia
Baca juga: Cucur Udang Gebu Luar Biasa, Ini Tips Supaya Adunan Tak Melekat Pada Senduk!
The post Resepi Cucur Kembung Manis Paling Mudah, Tak Keras Walaupun Sejuk appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan