Langkau ke kandungan utama

Jom Masak Sendiri Ayam Rose, Menu Kenduri ‘Legend’ Yang Buat Ramai Terliur!

Imej
https://ift.tt/nBZaKJm Orang dulu-dulu kalau buat majlis kenduri, memang tak sah kalau tak ada aktiviti ‘rewang’ masak ramai-ramai. Antara menu yang paling dinantikan dan wajib dimasak adalah ayam rose. Bau aromanya sahaja sudah cukup untuk buat perut berkeroncong, apatah lagi bila nampak kuahnya yang merah pekat dan berkilat itu, memang boleh kecur liur dibuatnya. Sekali-sekala kalau dapat buat sendiri di rumah untuk hidangan keluarga pada hujung minggu, memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tak tunggu kenduri kalau teringin nak makan. Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini RESEPI AYAM ROSE Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu) 1 genggam cabai kering (direbus dan ditoskan) 2 batang serai 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 tin sup tomato Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga) Minyak masak secukupnya untuk menumis Garam, gula dan...

Resipi Kek Minyak Masak Terlajak Senang, Tanpa Guna Mentega Pun Tetap Naik Gebu

https://ift.tt/r3GuC7a

kek minyak masak

Nampak macam kek butter, tapi sebenarnya ini adalah kek minyak masak. Ia sangat mudah, cepat disediakan dan tetap gebu walaupun tanpa mentega.

Selain itu, kek ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa, contohnya menambah parutan kulit oren, esen vanila atau sedikit koko untuk variasi rasa.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Coklat Guna Blender, Nak Hasil Lembut & Gebu Ada Petuanya

RESEPI KEK MINYAK MASAK

kek minyak masak

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred D
  • ½ cawan gula perang
  • ⅓ cawan susu pekat
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila (boleh diganti dengan 1 sudu kecil parutan kulit oren)
  • 2 cubit garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder

Cara-cara memasak:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan susu pekat, minyak, parutan kulit oren (atau esen vanila) dan garam. Pukul sebati.
  3. Ayak tepung dan baking powder dua kali, kemudian masukkan ke dalam bahan basah. Gaul sebentar sehingga sebati.
  4. Hentak adunan dalam loyang 3–4 kali untuk mengeluarkan udara.
  5. Bakar di tray bawah oven pada suhu 150°C selama 30–35 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
  6. Bila sudah masak, sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Arin Yin

Baca juga: Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Tanpa Oven Tapi Jadi Cantik Berongga

The post Resipi Kek Minyak Masak Terlajak Senang, Tanpa Guna Mentega Pun Tetap Naik Gebu appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan