Langkau ke kandungan utama

Resipi Cucur Udang Lembut Dan Gebu, Ini Tip Mudah Supaya Bulat Elok Waktu Goreng!

Imej
https://ift.tt/NkrgWwL Resipi cucur udang lembut dan gebu ini menggunakan bahan-bahan ringkas saja tetapi tetap menghasilkan cucur yang bulat dan tidak terlalu berminyak. Namun, tidak semua orang pandai membentuk cucur dengan sempurna. Ada yang hasilnya leper atau mudah menyerap minyak. Oleh itu, dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua berguna untuk memastikan cucur anda menjadi lembut, gebu dan cantik bulat. Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini! RESIPI CUCUR UDANG LEMBUT DAN GEBU Bahan-bahan cucur udang: 10 sudu besar tepung gandum Udang secukupnya 1 sudu yis 1 biji telur Gula secukup rasa Garam secukup rasa Air suam (agak-agak) Kucai , tauge dan lobak (dicincang halus) Cara buat cucur udang: Campurkan tepung, yis, gula, garam, telur dan air suam. Kacau hingga sebati. Masukkan udang, kucai, tauge dan lobak. Gaul rata. Perapkan seketika selama 1/2 jam (30 minit). Panaskan minyak dalam kuali. Ambil ...

Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

https://ift.tt/kjGwn3S

resepi udang ala thai

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resepi udang ala Thai yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi rasanya cukup padu.

Jika anda alahan kepada makanan laut, boleh saja gantikan dengan lauk ayam atau ikan. Rasanya tetap sedap dan menyelerakan!

Baca juga: Cara Masak Kari Udang Yang Pekat Dan Wangi, Punyalah Sedap Sampai Teringat-Ingat!

RESEPI UDANG ALA THAI

resepi udang ala thai

Bahan-bahan:

Bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 batang cili merah (cili hidup)
  • 5 biji cili padi merah (boleh tambah jika suka pedas)
  • 3 tangkai daun ketumbar

Bahan sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar air limau

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili, tumis sekejap hingga sebati.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng dengan lumuran serbuk kunyit dan garam.
  4. Tambahkan air limau dan sos ikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan sudah memberi rasa masin yang seimbang.
  5. Kacau sehingga semua bahan masak sekata.
  6. Siap untuk dihidangkan!

Info: Jika alah kepada makanan laut, boleh gantikan udang dengan ayam atau ikan.

Sumber: Nida Mohamad

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sarang Telur Dalam Resipi Udang Goreng Butter, Hasilnya Cantik Berjurai!

The post Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan