Langkau ke kandungan utama

Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

Imej
https://ift.tt/sgziIoa Cara pilih ayam segar sangat penting supaya ayam yang dibeli bukan sahaja selamat dimakan tetapi juga sedap bila dimasak. Selalunya orang mengenal ayam segar melalui mata atau warna kulitnya. Namun, ternyata boleh juga boleh diperiksa melalui warna tongkeng. Tongkeng ayam mempunyai beberapa warna berbeza yang boleh menjadi petunjuk kesegaran ayam. Jadi, untuk mengetahui maksud setiap warna tongkeng ayam, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut. Baca juga: 7 Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Confirm Lauk Jadi Lagi Sedap & Segar! CARA PILIH AYAM SEGAR DENGAN TENGOK BAHAGIAN ‘TONGKENG’ 1. Tongkeng putih Tongkeng yang berwarna putih menunjukkan ayam benar-benar segar dan mati secara sempurna selepas disembelih. Warna putih pada tongkeng adalah petanda ayam disembelih dengan cara yang betul dan disimpan dalam keadaan segar. 2. Tongkeng merah Tongkeng ayam yang berwarna merah menandakan ayam belum sempat mati sepenuhnya semasa diproses. Contohnya, bulu dica...

Resipi Cucur Udang Lembut Dan Gebu, Ini Tip Mudah Supaya Bulat Elok Waktu Goreng!

https://ift.tt/NkrgWwL

resipi cucur udang lembut

Resipi cucur udang lembut dan gebu ini menggunakan bahan-bahan ringkas saja tetapi tetap menghasilkan cucur yang bulat dan tidak terlalu berminyak.

Namun, tidak semua orang pandai membentuk cucur dengan sempurna. Ada yang hasilnya leper atau mudah menyerap minyak.

Oleh itu, dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa petua berguna untuk memastikan cucur anda menjadi lembut, gebu dan cantik bulat.

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!

RESIPI CUCUR UDANG LEMBUT DAN GEBU

resipi cucur udang lembut

Bahan-bahan cucur udang:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu yis
  • 1 biji telur
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Air suam (agak-agak)
  • Kucai, tauge dan lobak (dicincang halus)

Cara buat cucur udang:

  1. Campurkan tepung, yis, gula, garam, telur dan air suam. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan udang, kucai, tauge dan lobak. Gaul rata.
  3. Perapkan seketika selama 1/2 jam (30 minit).
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Ambil sedikit adunan dengan senduk dan goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan tos minyak. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pencicah.

Bahan-bahan sos pencicah:

  • 2 biji cili hidup merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil tepung jagung (untuk memekatkan sos)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara buat sos pencicah:

  1. Kisar cili hidup dan bawang putih hingga hancur.
  2. Masak bahan kisar dalam kuali, kemudian tambahkan gula dan garam mengikut cita rasa.
  3. Campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos. Kacau hingga sebati dan pekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dicicah dengan cucur udang.

Sumber: Haziatul Azuma

Baca juga: Resipi Cekodok Kampung ‘Style’ Mak-Mak Buat, Dah Makan Banyak Pun Tak Puas!

The post Resipi Cucur Udang Lembut Dan Gebu, Ini Tip Mudah Supaya Bulat Elok Waktu Goreng! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan