Langkau ke kandungan utama

Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak

https://ift.tt/sgziIoa

cara pilih ayam segar

Cara pilih ayam segar sangat penting supaya ayam yang dibeli bukan sahaja selamat dimakan tetapi juga sedap bila dimasak.

Selalunya orang mengenal ayam segar melalui mata atau warna kulitnya. Namun, ternyata boleh juga boleh diperiksa melalui warna tongkeng.

Tongkeng ayam mempunyai beberapa warna berbeza yang boleh menjadi petunjuk kesegaran ayam. Jadi, untuk mengetahui maksud setiap warna tongkeng ayam, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: 7 Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Confirm Lauk Jadi Lagi Sedap & Segar!

CARA PILIH AYAM SEGAR DENGAN TENGOK BAHAGIAN ‘TONGKENG’

cara pilih ayam segar

1. Tongkeng putih

Tongkeng yang berwarna putih menunjukkan ayam benar-benar segar dan mati secara sempurna selepas disembelih.

Warna putih pada tongkeng adalah petanda ayam disembelih dengan cara yang betul dan disimpan dalam keadaan segar.

2. Tongkeng merah

Tongkeng ayam yang berwarna merah menandakan ayam belum sempat mati sepenuhnya semasa diproses.

Contohnya, bulu dicabut sebelum ayam betul-betul mati. Ayam sebegini mungkin kurang selamat kerana proses penyembelihan tidak sempurna dan boleh menjejaskan kualiti dagingnya.

3. Tongkeng kebiruan

Tongkeng ayam yang berwarna kebiruan menunjukkan ayam sudah mati sebelum disembelih, iaitu ayam telah menjadi bangkai terlebih dahulu. Ini paling berbahaya kerana ayam jenis ini tidak selamat dimakan dan boleh membawa risiko kesihatan.

Selain tongkeng kebiruan, daging ayam juga biasanya berbau hanyir atau teksturnya lembik, menandakan ayam tidak segar dan sepatutnya dielakkan.

Sumber: mStar

Baca juga: Cara Simpan Udang Tahan Lama, Tabur Sedikit Bahan Rahsia Terus Segar Macam Baru Naik Dari Laut

The post Tip Pilih Ayam Dengan Tengok Bahagian ‘Tongkeng’, Boleh Tahu Segar Atau Tidak appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan