Langkau ke kandungan utama

Resipi Udang Goreng Masak Ala Thai ‘Padu’, Sekali Rasa Gerenti Masak Selalu

Imej
https://ift.tt/kjGwn3S Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan resepi udang ala Thai yang menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi rasanya cukup padu. Jika anda alahan kepada makanan laut, boleh saja gantikan dengan lauk ayam atau ikan. Rasanya tetap sedap dan menyelerakan! Baca juga: Cara Masak Kari Udang Yang Pekat Dan Wangi, Punyalah Sedap Sampai Teringat-Ingat! RESEPI UDANG ALA THAI Bahan-bahan: Udang Garam Serbuk kunyit Bahan kisar kasar: 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 5 batang cili merah (cili hidup) 5 biji cili padi merah (boleh tambah jika suka pedas) 3 tangkai daun ketumbar Bahan sos: 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos ikan 2 sudu besar air limau Cara memasak: Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili, tumis sekejap hingga sebati. Masukkan udang yang telah digoreng dengan lumuran serbuk kunyit dan garam. Tambahkan air limau dan sos ikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos...

Resipi Mihun Goreng Cili Padi, Bau Tumisan Yang Mengancam Buat Tak Sabar Nak Makan!

https://ift.tt/D5OHmoN

cara memasak bihun

Kalau nak tahu cara memasak bihun yang cepat, simple tapi tetap sedap, resipi bihun goreng cili padi ini memang patut dicuba. Gabungan cili padi, bawang dan ikan bilis yang ditumis wangi memang buat perut terus rasa lapar.

Resipi ni juga antara menu paling senang nak masak bila tak ada idea nak masak apa. Tak perlu bahan mahal, cukup guna apa yang ada di dapur. Cukup perlukan tauhu, telur dan sayur pun dah cukup sedap.

Kalau suka rasa pedas yang ‘kick’ tapi masih ringan dan tak berat untuk makan waktu pagi atau malam, resipi ini memang kena dengan selera ramai. Hidang panas-panas, confirm licin pinggan sebelum sempat sejuk!

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

CARA MEMASAK BIHUN GORENG CILI PADI

cara memasak bihun

Bahan-bahan:

  • Bihun (direndam hingga lembut)
  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • Telur
  • Sayur pak choy (atau apa-apa sayur hijau)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Kisar cili padi, cili besar, bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar bersama ikan bilis hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
  4. Masukkan bihun yang telah direndam lembut, gaul rata dengan bahan tumis.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan tauhu dan sayur pak choy. Gaul hingga semua bahan sebati dan masak sempurna.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Tip Telur Itik Cantik Tak Pecah Dalam Gulai Lemak, Hasilnya Cantik & Kuah Pun Pekat!

The post Resipi Mihun Goreng Cili Padi, Bau Tumisan Yang Mengancam Buat Tak Sabar Nak Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan