Resipi Cucur Jawa ‘Legend’ Yang Ramai Suka, Bersarang Elok Dan Rangup Di Tepi
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Resepi kuih cucur jawa memang terkenal kerana teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis yang menyelerakan. Kuih ini sesuai untuk sarapan, minum petang, atau dijadikan menu jualan.
Kuih tradisional ini dibuat daripada campuran tepung beras dan tepung gandum, digoreng dalam minyak panas dan biasanya menggunakan gula merah untuk memberikan rasa manis serta warna yang cantik.
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal
RESEPI KUIH CUCUR JAWA GUNA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan A:
- 1 cawan tepung beras (tidak kisah jenama)
- 1 cawan tepung gandum (tidak kisah jenama)
Campurkan kedua-dua tepung ke dalam satu bekas.
Bahan-bahan B:
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan gula perang (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
- 1/2 cawan gula merah (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:
- Satukan air suam, gula perang, gula merah dan garam. Kacau sehingga gula larut dan sejuk sedikit.
- Tapis campuran gula ke dalam campuran tepung, kemudian kacau hingga sebati dan hancur. Simpan adunan dalam bekas bertutup. Biarkan pada suhu bilik.
- Boleh perap lebih dari 5 jam atau buat malam sebelumnya untuk digoreng pagi esok.
- Panaskan minyak dalam kuali secukupnya. Bila minyak sudah panas, tuang adunan tepung.
- Goreng satu persatu hingga sehingga adunan habis.
- Angkat dan toskan minyak. Hidangkan panas-panas untuk rasa paling sedap.
Sumber: Missz Amira
Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh, Versi Tanpa Bungkus Tapi Tetap Wangi Daun Pisang!
The post Resipi Cucur Jawa ‘Legend’ Yang Ramai Suka, Bersarang Elok Dan Rangup Di Tepi appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan