Langkau ke kandungan utama

Resepi Makaroni Goreng Cheese Pizza Versi Mini, Mudah, Comel Dan Sedap!

https://ift.tt/ToWN0VC

resepi makaroni goreng cheese

Nak buat hidangan sarapan atau minum petang untuk tarik selera anak, apa kata cuba buat sesuatu yang comel tapi sedap seperti resepi Makaroni Goreng Cheese Pizza versi mini.

Makaroni Goreng Cheese Pizza dalam bentuk mini memang sesuai sangat untuk mak-mak yang suka snek mudah dan cepat disediakan. Bentuknya ala-ala muffin, mesti anak-anak suka nanti.

Cara membuatnya sangat mudah tanpa memerlukan jalan kerja yang renyah. Ikut saja resepi Makaroni Goreng Cheese Pizza daripada Nazz Mernas di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Makaroni Goreng Daging Cincang, Mudah Buat & Confirm Licin Satu Kuali!

RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE PIZZA

resepi makaroni goreng cheese

Bahan-bahan:

  • Makaroni
  • Bawang putih
  • Bawang holland (pilihan)
  • Isi ayam
  • Sosej
  • Jejari ketam (crabstick)
  • Sos spaghetti
  • Sayur-sayuran (pilihan)
  • Campuran herba (mixed herbs)
  • Sedikit garam
  • Tortilla wrap
  • Telur
  • Garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Cheese pizza

Bahan tambahan:

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, rebus makaroni dan ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bawang putih, nak masuk bawang holland pun boleh.
  3. Selepas itu, masukkan isi ayam, sosej atau jejari ketam.
  4. Masukkan makaroni yang telah direbus dan sos spaghetti. Jika suka, masukkan sayur-sayuran.
  5. Letak campuran herba dan sedikit garam, goreng sampai masak.
  6. Ambil tortilla wrap, potong bentuk segi tiga dan masukkan dalam cawan kertas.
  7. Masukkan makaroni yang sudah digoreng tadi.
  8. Pecahkan telur, letak garam dan sedikit serbuk lada hitam, kemudian pukul sebati.
  9. Tuang masuk dalam cawan kertas berisi makaroni tadi sampai agak-agak tenggelam.
  10. Taburkan cheese pizza dan sedikit campuran herba.
  11. Bakar pada suhu 170ÂșC dengan api atas bawah 15 minit, kemudian api bawah 10 minit.
  12. Akhir sekali, hias dengan topping seperti sos cili, mayonis atau sos cheese.

Setelah buat resipi ini, kami jamin anda akan puas hati dengan hasilnya yang mudah dibawa ke mana-mana. Nak buat bekal sekolah anak, bawa ke potluck atau sekadar kudapan pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Nazz Mernas

Baca juga: Makaroni Cheese Bakar Anti Muak, Berkrim Begini Pasti Anak Suka Makan!

The post Resepi Makaroni Goreng Cheese Pizza Versi Mini, Mudah, Comel Dan Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan