Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Nasi Impit Goreng Pedas Yang Pasti Sedap, Padu Sampai Tak Cukup Sepinggan!

Imej
https://ift.tt/fK6AaL3 Siapa sangka, nasi impit yang selalunya nampak biasa boleh jadi hidangan istimewa apabila digoreng pedas? Jika teringin makan, bolehlah buat resipi Nasi Impit Goreng Pedas . Resipi nasi impit goreng pedas sangat sesuai untuk mereka yang suka rasa pedas dan nak sesuatu yang cepat tapi mengenyangkan. Setelah cuba sekali, pasti nak buat lagi nanti. Anda boleh tengok cara memasaknya yang ditunjukkan oleh Aisha Shukor di Facebook. Walaupun nampak mudah, tapi hasilnya memang luar biasa sedap. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong! RESIPI NASI IMPIT GORENG PEDAS Bahan-bahan: Nasi impit (dipotong dadu kecil, pastikan betul-betul sejuk) Segenggam ikan bilis (bahagi dua: satu digoreng, satu lagi dikisar) Cili api hijau besar ikut tahap kepedasan yang disukai Bawang besar dan bawang putih secukupnya 1 biji kiub pati ikan bilis Garam secukup rasa 3 biji telur Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, panaskan minya...

Ayam Masak Merah Pekat Likat, Rasa Pedas Manis Macam Lauk Kenduri!

https://ift.tt/AZnh7rG

ayam masak merah pekat

Apabila ditanya tentang lauk wajib buat di rumah, mesti ramai akan jawab Ayam Masak Merah pekat. Dari zaman dulu sampai sekarang, hidangan ini tetap jadi kegemaran ramai.

Selain sebagai lauk harian, Ayam Masak Merah juga menjadi pilihan lauk popular untuk jamuan kenduri kerana warnanya merah menyala dan rasa manis pedas yang menyelerakan.

Resipi Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook telah membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya yang pekat likat pada ayam. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Tepung Ayam Goreng Buat Sendiri Di Rumah, Hasil Rangup Luar Biasa!

RESIPI AYAM MASAK MERAH PEKAT

ayam masak merah pekat

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong dan digaul dengan garam serta kunyit)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 hingga 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1½ sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 gelas air
  • 1 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat untuk hiasan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam yang telah digaul garam dan kunyit sampai separuh masak (jangan terlalu garing), kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia sampai halus.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama gula serta serai sampai naik minyak.

4. Seterusnya, masukkan sos cili, kacau lagi sampai sebati dan wangi.

ayam masak merah pekat

5. Kemudian, masukkan ayam goreng dan air. Setelah mendidih, masukkan garam dan bahan perasa.

7. Apabila kuah mula pekat, taburkan bawang besar yang dihiris bulat tadi.

8. Akhir sekali, rasa dan sesuaikan garam serta gula. Tutup api apabila kuah cukup pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidang!

Ayam Masak Merah yang pekat memang sedap makan dengan nasi putih di rumah. Tapi jika digandingkan dengan nasi minyak atau nasi tomato, memang sempurna kejadiannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Ayam Kukus Sos Tiram Simple & Cepat Siap, Buat Lauk Ini Confirm Suami Tak Cari Lain!

The post Ayam Masak Merah Pekat Likat, Rasa Pedas Manis Macam Lauk Kenduri! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan