Langkau ke kandungan utama

Cara Buat Nasi Impit Goreng Pedas Yang Pasti Sedap, Padu Sampai Tak Cukup Sepinggan!

https://ift.tt/fK6AaL3

nasi impit goreng pedas

Siapa sangka, nasi impit yang selalunya nampak biasa boleh jadi hidangan istimewa apabila digoreng pedas? Jika teringin makan, bolehlah buat resipi Nasi Impit Goreng Pedas.

Resipi nasi impit goreng pedas sangat sesuai untuk mereka yang suka rasa pedas dan nak sesuatu yang cepat tapi mengenyangkan. Setelah cuba sekali, pasti nak buat lagi nanti.

Anda boleh tengok cara memasaknya yang ditunjukkan oleh Aisha Shukor di Facebook. Walaupun nampak mudah, tapi hasilnya memang luar biasa sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong!

RESIPI NASI IMPIT GORENG PEDAS

nasi impit goreng pedas

Bahan-bahan:

  • Nasi impit (dipotong dadu kecil, pastikan betul-betul sejuk)
  • Segenggam ikan bilis (bahagi dua: satu digoreng, satu lagi dikisar)
  • Cili api hijau besar ikut tahap kepedasan yang disukai
  • Bawang besar dan bawang putih secukupnya
  • 1 biji kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji telur

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak, goreng ikan bilis yang telah dikisar kasar sampai garing.

2. Masukkan bahan kisar (cili api, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis), kemudian tumis sampai garing dan naik bau.

3. Selepas itu, tambah kiub pati ikan bilis dan garam secukup rasa.

4. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan seketika tanpa terus dikacau.

nasi impit goreng pedas

5. Akhir sekali, masukkan nasi impit yang dipotong dadu kecil dan goreng lebih kurang 10 minit sampai betul-betul garing. Siap untuk dihidang!

Hidangan ini bukan saja mengenyangkan, tapi cukup membuka selera. Nak lebih sedap, boleh tambah hirisan daun bawang atau tabur ikan bilis goreng rangup di atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap

The post Cara Buat Nasi Impit Goreng Pedas Yang Pasti Sedap, Padu Sampai Tak Cukup Sepinggan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan