https://ift.tt/rUcmjvp Ramai yang suka masak telur dadar kerana mudah dan ringkas. Pernah terfikir tak, kenapa ada orang buat telur dadar gebu, tebal dan lembut, sedangkan ada yang jadi leper dan nipis? Rahsia buat telur dadar gebu bukanlah pada bahan, tapi pada teknik memasak. Bezanya bergantung pada cara telur dipukul, putih telur, suhu dan kesegaran telur itu sendiri. Nur Mashitah telah dedahkan dua teknik mudah buat telur dadar gebu yang boleh dicuba sesiapa saja di rumah. Nampak kecil, tapi hasilnya memang ketara. Jom kita tengok caranya! Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak CARA BUAT TELUR DADAR GEBU 1. TEKNIK PERTAMA: PUKUL TELUR SEKALI DAN TERUS GORENG. Teknik yang paling biasa diamalkan iaitu kuning telur dan putih telur dipukul bersama dalam satu bekas . Selepas itu, terus goreng di atas kuali dengan sedikit minyak . Hasilnya telur dadar tetap sedap, tapi teksturnya lebih padat dan taklah terlalu gebu. 2. TEKN...
Resipi Sotong Kunyit Tumis Lada Hitam, Ringkas Saja Tapi Sedapnya Confirm Makan Bertambah
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/ukAjBsS
Kadang-kadang bila tak tahu nak masak apa, lauk simple pun dah cukup buat seisi keluarga berselera. Antara yang paling mudah dan cepat disediakan adalah sotong kunyit tumis lada hitam.
Kalau dah selalu sangat masak sambal sotong, apa kata cuba menu lain pula. Resipi ini dijamin senang nak ikut, tak banyak bahan dan tak ambil masa lama. Yang penting, anak-anak pun suka dan suami pun bertambah makan!
Baca juga: Resipi Sambal Sotong ‘Legend’ Macam Mak Kita Buat, Terasa Nostalgianya!
RESEPI SOTONG KUNYIT TUMIS LADA HITAM
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong sederhana besar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Minyak masak (untuk menumis)
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat nipis)
- 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 10 biji cili padi (diketuk)
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
- Sedikit air
- 1 sudu besar kicap lemak manis
Cara memasak:
- Siang sotong dengan membuang kulit, dakwat, mulut dan mata. Potong bulat, bilas bersih dan tos airnya.
- Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
- Panaskan minyak lebih kurang 3 sudu besar. Tumis sotong yang sudah diperap tadi sekejap.
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Gaul hingga sebati dan bawang mula layu.
- Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau rata.
- Tuangkan sedikit air dan masukkan kicap lemak manis. Gaul sebati.
- Biarkan mendidih seketika sehingga kuah sedikit pekat.
- Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Sumber: Ain Aslem
Baca juga: Sotong Kukus Limau Paling Simple, Ikut Resipi Ini Pasti Selera Tergoda
The post Resipi Sotong Kunyit Tumis Lada Hitam, Ringkas Saja Tapi Sedapnya Confirm Makan Bertambah appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan