Telur Dadar Boleh Masak Dengan 2 Cara, Tapi Hanya Satu Yang Buat Gebu & Mengembang Cantik
Ramai yang suka masak telur dadar kerana mudah dan ringkas. Pernah terfikir tak, kenapa ada orang buat telur dadar gebu, tebal dan lembut, sedangkan ada yang jadi leper dan nipis?
Rahsia buat telur dadar gebu bukanlah pada bahan, tapi pada teknik memasak. Bezanya bergantung pada cara telur dipukul, putih telur, suhu dan kesegaran telur itu sendiri.
Nur Mashitah telah dedahkan dua teknik mudah buat telur dadar gebu yang boleh dicuba sesiapa saja di rumah. Nampak kecil, tapi hasilnya memang ketara. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak
CARA BUAT TELUR DADAR GEBU
1. TEKNIK PERTAMA: PUKUL TELUR SEKALI DAN TERUS GORENG.
Teknik yang paling biasa diamalkan iaitu kuning telur dan putih telur dipukul bersama dalam satu bekas. Selepas itu, terus goreng di atas kuali dengan sedikit minyak.
Hasilnya telur dadar tetap sedap, tapi teksturnya lebih padat dan taklah terlalu gebu.
2. TEKNIK KEDUA: ASINGKAN KUNING DAN PUTIH TELUR, PUKUL DAN SATUKAN.
Teknik ini pula perlukan sedikit usaha lebih. Putih telur dipukul dalam bekas berasingan sehingga kembang, berbuih dan tampak seperti awan putih.
Kemudian, kuning telur dimasukkan perlahan-lahan dan digaul dengan lembut. Apabila digoreng, telur dadar jadi lebih gebu, tebal dan ringan.
KENAPA HASILNYA LEBIH GEBU DENGAN TEKNIK KEDUA?
Apabila putih telur dipukul, kita sebenarnya memasukkan udara ke dalamnya. Udara yang terperangkap membentuk buih-buih halus, menjadikan isipadu telur bertambah.
Jadi apabila digoreng, hasilnya lebih gebu dan nampak besar berbanding teknik pertama. Selain itu, faktor kesegaran telur dan suhu juga penting kerana telur segar menghasilkan buih yang lebih stabil.
Hanya dengan tukar teknik, anda boleh hasilkan telur dadar dengan rupa dan rasa yang berbeza. Jika nak cepat, teknik pertama sudah memadai. Tapi jika nak telur dadar gebu ala kedai makan, bolehlah cuba teknik kedua.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nur Mashitah
Baca juga: Resipi Telur Dadar Sedap Guna 5 Bahan Mudah, Tetap Rangup Walaupun Sejuk
The post Telur Dadar Boleh Masak Dengan 2 Cara, Tapi Hanya Satu Yang Buat Gebu & Mengembang Cantik appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan