Langkau ke kandungan utama

Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar, Punyalah Sedap Sampai Jilat Jari!

Imej
https://ift.tt/5yQP31E Suka makan kari ayam kampung yang lazat macam di restoran Nasi Kandar? Saudari Niza Zaini ada kongsikan resepi kari ayam kampung yang mudah dan tidak renyah. Selain guna ayam kampung, anda juga boleh gunakan ayam biasa. Cubalah sendiri di rumah, hasilnya pasti sedap dan tidak mengecewakan! Baca juga: Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main! RESEPI KARI AYAM KAMPUNG NASI KANDAR STYLE Bahan-bahan: 1 ekor ayam kampung (dipotong ikut saiz yang disukai) Serbuk kunyit secukupnya (untuk gaul ayam) 1 batang kulit kayu manis 2–3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3–4 biji cengkih 2 biji bawang besar (dihiris) 5–6 biji cili kering 2–3 biji cili hijau (boleh guna cili solok lada) 2 biji ubi kentang (dipotong ikut saiz) 2 biji tomato (dibelah empat) 2 sudu besar rempah daging 1 mangkuk kecil bahan kisar (halia dan bawang putih) Beberapa helai daun kari Air secukupnya Garam dan sedikit serbuk perasa Sedikit santan (...

Resipi Nasi Lemak Kukus, Basmathi & Pandan, Semuanya Bau Wangi, Berderai & Tahan Lama

https://ift.tt/CI2m7vu

nasi lemak resepi

Kalau sebut pasal nasi lemak, memang semua orang suka. Lagi-lagi bila jumpa nasi lemak resepi yang mudah tapi tetap sedap, mesti ramai nak cuba. Nasi lemak ini bukan sekadar sarapan kegemaran rakyat Malaysia, tapi juga hidangan yang sesuai dimakan bila-bila masa.

Setiap orang ada cara tersendiri nak masak nasi lemak. Ada yang suka kukus supaya tahan lama, ada pula yang guna beras basmathi untuk nampak lebih cantik dan berderai. Malah ada juga yang kisar daun pandan supaya wangi dan warna nasi lebih menarik.

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan 3 resipi nasi lemak popular iaitu nasi lemak kukus, nasi lemak basmathi dan nasi lemak pandan. Semuanya mudah disediakan di rumah, sesuai untuk keluarga kecil ataupun majlis besar.

Baca juga: Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi

3 CARA BERBEZA MASAK NASI LEMAK RESEPI MUDAH

1. Nasi Lemak Kukus

nasi lemak resepi

Kalau nak nasi lemak yang wangi, lembut dan tahan lama, boleh cuba cara kukus. Resipi ini sesuai untuk keluarga besar atau majlis kerana guna 1kg beras. Kalau nak masak sedikit, boleh kurangkan sukatan.

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras (direndam 2 jam)
  • 500 ml santan pekat
  • 600 ml air
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Halba
  • Daun pandan
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan gula

Cara-cara:

  1. Toskan beras yang sudah direndam selama 2 jam. Kukus selama 30 minit.
  2. Dalam periuk berasingan, masak santan bersama air, bawang merah, bawang putih, halia, halba, daun pandan, garam dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras kukus ke dalam campuran santan. Masak hingga santan kering dan meresap sepenuhnya ke dalam beras.
  4. Setelah lebih kurang 30 minit, angkat beras tersebut.
  5. Kukus semula beras sehingga nasi betul-betul masak, berderai dan wangi.

Hasilnya nasi lemak kukus ini memang tahan lama, sampai 2 hari pun tak cepat basi. Sesuai dimakan dengan sambal tumis, ikan bilis rangup dan lauk kegemaran.

Sumber: Norwati Che Kar

2. Nasi Lemak Resepi Guna Beras Basmathi

Kalau nak nasi lemak yang tahan lama dan berderai cantik, boleh cuba cara masak ini. Gunakan beras basmathi untuk hasil nasi yang lebih panjang dan tidak mudah lembik. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, cuma ikut sukatan air dan santan yang sama.

Bahan-bahan:

  • 4 pot kecil beras basmathi (dicuci dan direndam dalam air garam selama 30 minit)
  • 1 kotak santan (atau boleh guna santan segar)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Halba (sedikit sahaja, untuk tahan lebih lama dan elak nasi cepat basi)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Toskan beras yang sudah direndam dengan air garam.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan, air (ikut sukatan sama), hirisan bawang besar, halba dan garam.
  3. Masak sehingga nasi kering dan beras masak sempurna.
  4. Kacau sekali-sekala supaya nasi masak sekata dan tidak berketul.

Nasi lemak basmathi yang dimasak guna cara ini tahan lebih lama sampai keesokan hari.

Sumber: Emy Ean

3. Nasi Lemak Pandan

Kalau nak nasi lemak yang wangi dan nampak lebih menarik, bolehlah cuba versi nasi lemak pandan. Rahsianya terletak pada daun pandan yang dikisar dan ditapis, menjadikan nasi lemak lebih harum dan berwarna hijau lembut.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 2 ½ cawan santan
  • 4 helai daun pandan (dikisar bersama ½ cawan air, kemudian ditapis)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu minyak masak
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Setitik pewarna hijau (jika mahu)

Cara-cara:

  1. Masak santan bersama bawang merah, halia, serai, gula, garam dan minyak masak sehingga sekali mendidih. Bila sudah mendidih, terus tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Basuh beras hingga bersih, kemudian toskan.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk bersama santan yang sudah dimasak tadi dan juga air pandan yang telah ditapis.
  4. Tambahkan setitik pewarna hijau jika mahu warna nasi lebih menarik.
  5. Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik atau dapur sehingga masak sempurna.

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Baca juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai

The post Resipi Nasi Lemak Kukus, Basmathi & Pandan, Semuanya Bau Wangi, Berderai & Tahan Lama appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan