Langkau ke kandungan utama

Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Mudah Dan Sedap, Rasa Tak Kalah Sedap Macam Dekat Kedai!

Imej
https://ift.tt/8DmIqR2 Kalau sebut sahaja roti bakar kopitiam , ramai yang terus terbayang sarapan pagi dengan aroma kopi panas dan roti yang garing di luar tapi lembut di dalam.  Hidangan ringkas ini tak pernah jemu, sentiasa jadi pilihan dari dulu sampai sekarang. Tak perlu susah-susah nak keluar kedai, anda boleh buat sendiri saja di rumah. Dengan bahan yang mudah didapati di rumah, anda boleh hasilkan versi homemade yang rasa tak kalah dengan yang dijual di kopitiam. Baca juga:  Roti Hampir Expired? Jom Buat Bingka Roti Bakar Sedap Ini, Baru Tak Membazir! RESEPI ROTI BAKAR KOPITIAM Bahan-bahan: – Beberapa keping roti (ikut selera) – Kaya – Mentega (butter) Cara penyediaan: 1. Mula-mula, potong dan buang bahagian kerak di tepi roti supaya nampak lebih kemas dan rasa ala-ala kopitiam. 2. Sapukan kaya pada satu bahagian roti dengan rata. Pastikan jangan terlalu nipis supaya lebih terasa bila makan. 3. Letakkan beberapa hirisan butter di atasnya. Butter ni akan ...

Resipi Nasi Ayam Simple Untuk 2 Orang Makan, Confirm Jimat & Tak Perlu Pening Fikir Menu!

https://ift.tt/ctuA62y

resipi nasi ayam simple

Nak masak untuk makan berdua taklah susah mana, tapi jika sering makan nasi berlauk boleh jadi bosan juga. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resipi Nasi Ayam simple ini di rumah.

Resipi Nasi Ayam simple yang dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana di Facebook ini sangat ringkas tanpa menggunakan banyak bahan dan hasilnya sedap cukup rasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Nasi Ayam Lebih Beraroma & Penuh Rasa, Sampai Esok Teringat Sedapnya

RESIPI NASI AYAM SIMPLE (UNTUK 2 ORANG MAKAN)

resipi nasi ayam simple

Bahan-bahan:

  • 2 helai daun pandan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk warna nasi kuning)

Bahan tumis:

  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit butter

Cara-cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak dan butter.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai wangi dan sedikit perang.

3. Masukkan tumisan ke dalam beras yang sudah dibasuh.

4. Tambah daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Gaul rata.

5. Letak dalam periuk nasi, tekan cook. Siap!

resipi nasi ayam simple

Bahan asas:

  • Ayam (ikut suka nak bahagian apa, untuk 2 orang makan)

Cara-cara rebus ayam:

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Masukkan ayam yang dah dibersihkan.

3. Rebus sampai ayam bertukar warna putih. Angkat dan toskan.

4. Jangan buang air rebusan ayam, ada banyak guna nanti.

Bahan perapan ayam:

  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sedikit madu

Cara-cara perap dan goreng ayam:

1. Gaul ayam rebus tadi dengan kicap, sos tiram dan madu. (Tak perlu tambah garam sebab sos tiram sudah masin).

2. Perap sekurang-kurangnya 30 minit (lagi lama, lagi sedap).

3. Panaskan minyak betul-betul panas, kecilkan api.

4. Goreng ayam sekejap je (3 hingga 5 minit), sampai warna coklat cantik. Jangan lama, nanti hangit.

5. Jangan buang kuah perapan, simpan untuk jadi kuah cicah ayam dan nasi nanti.

Bahan-bahan sambal:

  • 1 cili besar
  • 7 cili padi (lebihkan kalau nak pedas)
  • 1 biji tomato
  • 3 senduk air rebusan ayam

Cara-cara buat sambal:

1. Potong semua bahan, masuk dalam blender bersama air rebusan ayam. Kisar sampai halus.

2. Tuang dalam periuk, masak atas dapur.

3. Tambah gula, garam, sedikit cuka.

4. Rasa ikut selera. Masak sampai sambal sedikit pekat. Siap!

Bahan-bahan sup ayam:

  • Air rebusan ayam tadi
  • 1 sup bunjut
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam

Cara-cara buat sup ayam:

1. Masukkan semua bahan ke dalam air rebusan ayam.

2. Rebus sampai naik aroma sup.

3. Rasa, selaras garam ikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozlyn Farah Diana

Baca juga: Nasi Ayam Golek Terlajak Sedap, Ini Barulah Namanya Resipi ‘Next Level’!

The post Resipi Nasi Ayam Simple Untuk 2 Orang Makan, Confirm Jimat & Tak Perlu Pening Fikir Menu! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan