Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Mudah Dan Sedap, Rasa Tak Kalah Sedap Macam Dekat Kedai!
Kalau sebut sahaja roti bakar kopitiam, ramai yang terus terbayang sarapan pagi dengan aroma kopi panas dan roti yang garing di luar tapi lembut di dalam. Hidangan ringkas ini tak pernah jemu, sentiasa jadi pilihan dari dulu sampai sekarang.
Tak perlu susah-susah nak keluar kedai, anda boleh buat sendiri saja di rumah. Dengan bahan yang mudah didapati di rumah, anda boleh hasilkan versi homemade yang rasa tak kalah dengan yang dijual di kopitiam.
Baca juga: Roti Hampir Expired? Jom Buat Bingka Roti Bakar Sedap Ini, Baru Tak Membazir!
RESEPI ROTI BAKAR KOPITIAM
Bahan-bahan:
– Beberapa keping roti (ikut selera)
– Kaya
– Mentega (butter)
Cara penyediaan:
1. Mula-mula, potong dan buang bahagian kerak di tepi roti supaya nampak lebih kemas dan rasa ala-ala kopitiam.
2. Sapukan kaya pada satu bahagian roti dengan rata. Pastikan jangan terlalu nipis supaya lebih terasa bila makan.
3. Letakkan beberapa hirisan butter di atasnya. Butter ni akan cair bila dibakar dan beri rasa lemak berkrim.
4. Susun kepingan roti yang sudah siap dalam loyang atau dulang pemanggang.
5. Bakar dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 2 minit sahaja. Cukup sekadar roti jadi garing keemasan.
Sumber: Elina Shuib
Baca juga: Resepi Roti John Simple Inti Sardin, Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Puas Makan!
The post Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Mudah Dan Sedap, Rasa Tak Kalah Sedap Macam Dekat Kedai! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan