https://ift.tt/rUcmjvp Ramai yang suka masak telur dadar kerana mudah dan ringkas. Pernah terfikir tak, kenapa ada orang buat telur dadar gebu, tebal dan lembut, sedangkan ada yang jadi leper dan nipis? Rahsia buat telur dadar gebu bukanlah pada bahan, tapi pada teknik memasak. Bezanya bergantung pada cara telur dipukul, putih telur, suhu dan kesegaran telur itu sendiri. Nur Mashitah telah dedahkan dua teknik mudah buat telur dadar gebu yang boleh dicuba sesiapa saja di rumah. Nampak kecil, tapi hasilnya memang ketara. Jom kita tengok caranya! Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak CARA BUAT TELUR DADAR GEBU 1. TEKNIK PERTAMA: PUKUL TELUR SEKALI DAN TERUS GORENG. Teknik yang paling biasa diamalkan iaitu kuning telur dan putih telur dipukul bersama dalam satu bekas . Selepas itu, terus goreng di atas kuali dengan sedikit minyak . Hasilnya telur dadar tetap sedap, tapi teksturnya lebih padat dan taklah terlalu gebu. 2. TEKN...
Resipi Makaroni Goreng Paling Mudah, Anak-Anak Semua Puji Sedapnya Mak Masak!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/UVhOSYR
Kalau korang nak masak makaroni goreng simple yang cepat, sedap dan sesuai untuk seluruh keluarga, resepi ini memang wajib cuba. Dalam masa 25 minit, dah siap untuk dihidang. Anak-anak confirm hmakan abis sepinggan!’
Resepi ini juga sangat sesuai untuk yang baru nak belajar memasak. Walaupun tak pernah masuk dapur, tak kenal jenis ikan atau sayur di pasar, resipi ini tetap mudah diikuti dan dijamin sedap hasilnya.
Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!
RESEPI MAKARONI GORENG SIMPLE
Bahan-bahan:
- 1/2 paket makaroni (400 gram)
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 paket ayam cincang
- Oregano secukup rasa
- Serbuk lada putih secukup rasa
- Sos cili (dan sos tomato kalau ada di rumah)
Cara-cara:
- Rebus makaroni selama 7–10 minit dalam air yang dicampur sedikit minyak dan garam. Rebus ikut tahap kelembutan yang disukai.
- Tumis bawang. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar sehingga harum dan manis, kemudian masukkan bawang putih hingga kuning keemasan.
- Masukkan ayam cincang dan tumis sehingga semua daging berubah warna menjadi putih.
- Perasakan dengan oregano. Anggaran lebih kurang 1 sudu besar sudah memadai untuk masakan ini.
- Masukkan serbuk lada putih ikut citarasa. Untuk anak, cukup 1/2 sudu teh.
- Tambah sos cili secukupnya sehingga semua bahan sebati dan berwarna merah. Untuk rasa lebih seimbang, boleh tambah sos tomato atau puri tomato.
- Gaul makaroni yang telah direbus tadi dengan tumisan sos menggunakan api perlahan.
- Siap untuk dihidang. Hidangkan panas-panas dan nikmati bersama keluarga.
Sumber: Azila Ajid
Baca juga: Kuetiau Goreng Basah, Guna Resipi Ini Elok Berderai Elok Dan Tak Melekat!
The post Resipi Makaroni Goreng Paling Mudah, Anak-Anak Semua Puji Sedapnya Mak Masak! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan