https://ift.tt/fK6AaL3 Siapa sangka, nasi impit yang selalunya nampak biasa boleh jadi hidangan istimewa apabila digoreng pedas? Jika teringin makan, bolehlah buat resipi Nasi Impit Goreng Pedas . Resipi nasi impit goreng pedas sangat sesuai untuk mereka yang suka rasa pedas dan nak sesuatu yang cepat tapi mengenyangkan. Setelah cuba sekali, pasti nak buat lagi nanti. Anda boleh tengok cara memasaknya yang ditunjukkan oleh Aisha Shukor di Facebook. Walaupun nampak mudah, tapi hasilnya memang luar biasa sedap. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong! RESIPI NASI IMPIT GORENG PEDAS Bahan-bahan: Nasi impit (dipotong dadu kecil, pastikan betul-betul sejuk) Segenggam ikan bilis (bahagi dua: satu digoreng, satu lagi dikisar) Cili api hijau besar ikut tahap kepedasan yang disukai Bawang besar dan bawang putih secukupnya 1 biji kiub pati ikan bilis Garam secukup rasa 3 biji telur Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, panaskan minya...
Resipi Apam Kampung Cara Orang Lama Yang Lembut & Wangi, Tak Pernah Jemu Makan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/jHJhx7n
Jom kita cuba buat sendiri resepi kuih apam kampung yang lembut, gebu dan penuh nostalgia ini di rumah. Kuih tradisional ni sangat mudah dibuat, bahan pun ringkas saja.
Apam kampung ini antara kuih tradisi yang tak pernah jemu dimakan. Lagi sedap kalau dinikmati dengan kelapa parut yang lemak masin. Ayuh lihat resipi penuh di bawah!
Baca juga: Resipi Butir Nangka, Kuih Manis Berkuah Yang Paling Nikmat Bila Sejuk-Sejuk!
RESEPI KUIH APAM KAMPUNG CARA ORANG DULU-DULU
Bahan adunan apam:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula merah
- 2 cawan air suam (jangan guna air sejuk)
- 1 peket yis kering Mauripan
Bahan salut:
- Sedikit kelapa parut putih, gaul dengan secubit garam (Boleh juga campur dengan daun pandan yang dipotong kecil, lebih wangi)
Cara penyediaan:
- Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, gula merah, yis dan air suam.
- Kacau menggunakan whisk hingga sebati.
- Tutup bekas dan peram selama 1 jam 10 minit.
- Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.
- Sapu sedikit minyak pada loyang bersaiz 8 inci (kalau nak apam lebih nipis, boleh guna loyang 9 inci).
- Jangan kacau atau gaul adunan yang dah diperam tadi. Terus tuang saja ke dalam loyang. (Jangan hentak loyang sebab ini bukan kek ya)
- Kukus dengan api besar selama 40–45 minit.
- Biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong menggunakan benang supaya potongan lebih cantik.
- Jika suka, gaul apam yang siap dipotong dengan kelapa parut yang sudah dikukus 5 minit.
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Cara Buat Kuih Lompang, Ikut Sukatan Ini Confirm Jadi Cantik & Berlubang Tengah Elok!
The post Resipi Apam Kampung Cara Orang Lama Yang Lembut & Wangi, Tak Pernah Jemu Makan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan