Resepi Lengat Pisang Dengan Boba, Makan Sejuk-Sejuk Memang Lain Macam Sedapnya!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Lengat pisang antara pencuci mulut tradisi yang tak lapuk dek zaman. Walaupun resepi lengat pisang sangat ringkas, rasa lemak manis dari pisang dan santan cukup buat ramai teringat-ingat.
Jika dulu lengat pisang selalu dihidangkan begitu saja, sekarang ramai yang kreatif tambah pelbagai idea baru supaya lebih menarik. Selain dimakan sejuk-sejuk, ada juga yang letak topping moden.
Salah satunya ialah resepi lengat pisang dengan boba yang dikongsikan oleh Scha Ara di Facebook ini. Sekali buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga. Jom kita cuba!
Baca juga: Bancuhan Tepung Goreng Pisang Tak Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!
RESEPI LENGAT PISANG DENGAN BOBA
Bahan-bahan:
- 6 hingga 7 biji pisang (potong 3 setiap satu)
- Santan kotak 200 ml (saiz kecil)
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- ½ cawan gula
- Secubit garam
- Boba (untuk tabur selepas siap)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, susun potongan pisang dalam acuan pilihan.
2. Bancuhkan tepung beras, tepung gandum, air, santan, gula dan garam, kemudian kacau rata.
3. Kemudian, masakkan adunan atas api perlahan dan kacau sampai likat.
4. Selepas itu, tuangkan adunan ke atas pisang yang telah disusun.
5. Seterusnya, kukus lebih kurang 10 minit sampai masak.
6. Apabila siap, biarkan sejuk sekejap dan taburkan boba sebelum hidang. Siap untuk dinikmati!
Nak cuba sesuatu yang ringkas tapi lain daripada biasa, bolehlah buat resepi lengat pisang dengan boba ini di rumah. Hasilnya, rasa lemak manis pisang dan santan berpadu dengan boba yang kenyal-kenyal.
Selamat mencuba!
Sumber: Scha Ara
Baca juga: Lengat Pisang Kukus Paling Wangi & Lembut, Macam Kuih Nenek Buat Dulu-Dulu!
The post Resepi Lengat Pisang Dengan Boba, Makan Sejuk-Sejuk Memang Lain Macam Sedapnya! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan