Petua Ikan Bilis Rangup Tahan Lama & Tak Liat, Wajib Gaul Dengan Bahan ‘Ini’ Dulu
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Walaupun saiz ikan bilis agak kecil, namun ia boleh jadi penambah selera untuk pelbagai hidangan yang lazat. Tambahan pula, ada petua ikan bilis rangup yang perlu anda tahu.
Masalah biasa yang terjadi apabila goreng ikan bilis ini, semasa panas memanglah rangup. Tapi apabila sejuk, terus jadi lemau sampai selera makan juga hilang.
Sebenarnya, ada petua mudah nak pastikan ikan bilis tetap kekal rangup walaupun sudah lama digoreng. Rahsianya, anda kena guna bahan dapur yang ringkas saja. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Petua Pokok Kesum Cepat Berakar & Subur Merimbun, Hanya Siram Guna Air Bawang Merah
PETUA IKAN BILIS RANGUP
1. Mula-mula, cuci ikan bilis bersih-bersih supaya hilang segala kotoran, kemudian tos sampai kering.
2. Kemudian, sangai ikan bilis sekejap atas api atau boleh juga masuk dalam air fryer. Tujuannya untuk hilangkan lebihan lembapan.
3. Selepas itu, renjiskan sedikit cuka dan gaul rata. Jika sebelum ini selalu guna tepung, kali ini anda boleh cuba cara baru yang pasti menjadi.
4. Apabila nak goreng, pastikan minyak sudah panas baru masukkan ikan bilis.
5. Pilih ikan bilis yang segar dan bersih, hasilnya lebih rangup dan sedap.
Tak perlu susah payah, cuma guna bahan yang memang sudah ada kat dapur. Selepas ini, bolehlah buat stok ikan bilis goreng untuk makan dengan nasi putih, nasi lemak atau sebagai kudapan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Sarah Insyirah, Liza Idris
Sumber: Sarah Insyirah
Baca juga: Tips Tauge Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Kekal Putih & Rangup Walau Berhari-Hari!
The post Petua Ikan Bilis Rangup Tahan Lama & Tak Liat, Wajib Gaul Dengan Bahan ‘Ini’ Dulu appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan