Pesan Makanan Untuk Rakyat Indonesia, Sikap Prihatin Orang Malaysia Buat Ramai Terharu!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kadang-kadang, kebaikan yang kecil nampak biasa saja, tapi sebenarnya cukup besar maknanya. Itulah yang dilakukan oleh sebahagian rakyat Malaysia apabila mereka memilih cara unik untuk kongsi rezeki dan hulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia yang sedang diuji.
Bukan hanya sekadar doa dan kata semangat, ada yang sanggup pesan makanan melalui aplikasi penghantaran seperti Grab dan Ojek. Caranya mudah saja, hanya perlu tukar lokasi ke bandar-bandar utama di Indonesia dan terus buat pesanan makanan.
Baca juga: Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan
Orang Malaysia Kongsi Rezeki Dengan Rakyat Malaysia Buat Ramai Terharu!
Apa yang buat ramai sebak, makanan yang ditempah itu bukanlah untuk diri sendiri. Sebaliknya, ia diniatkan sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan termasuk penghantar makanan.
Dalam perkongsian lain di Threads, turut tular beberapa tangkap layar yang menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia memesan makanan untuk rakyat Indonesia.
Antaranya ada yang memesan beberapa bungkus nasi goreng berharga 102,000 rupiah (sekitar RM25) dengan meninggalkan nota ringkas, “Tak perlu dihantar, makanlah sendiri atau kongsi dengan teman.”
Tindakan ringkas ini membuktikan bahawa makanan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga boleh menjadi simbol kasih sayang dan tanda solidariti sesama insan.
Sumber: Harian Metro
The post Pesan Makanan Untuk Rakyat Indonesia, Sikap Prihatin Orang Malaysia Buat Ramai Terharu! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan