Nasi Goreng Sotong Campur Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Dekat Kedai!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tibanya waktu hujung minggu, selalunya kita akan cari menu cepat, mudah tapi tetap sedap. Jadi, kami cadangkan anda buat resepi Nasi Goreng Sotong untuk keluarga tersayang.
Nasi Goreng Sotong sentiasa menjadi menu paling ringkas dan tak pernah mengecewakan. Paling seronok jika ada lebihan nasi semalam, memang jadi penyelamat utama.
Resepi Nasi Goreng Sotong oleh Har Ryea di Facebook sangat mudah dan kesedapannya memang boleh buat seisi keluarga berselera. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!
RESEPI NASI GORENG SOTONG
Bahan-bahan:
- Nasi putih (1 hingga 2 hidangan, sejuk semalaman lebih sedap)
- Sotong (dibersihkan dan ditos kering airnya)
- Ikan bilis (digoreng garing)
- 2 hingga 3 biji telur
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa (pilihan)
- Sedikit serbuk kunyit
Bahan tumbuk:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada merah
- Sedikit cili padi hijau
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau sampai lumat.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan sedikit untuk tabur kemudian.
3. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan sedikit masak, kemudian hancurkan kasar. Ketepikan bersama ikan bilis tadi.
4. Selepas itu, masukkan bahan tumbuk ke dalam minyak yang sama, tumis sampai naik bau harum dan sedikit garing.
5. Seterusnya, masukkan garam, sedikit serbuk perasa (jika suka) dan serbuk kunyit.
6. Setelah itu, masukkan sotong yang telah ditoskan. Gaul rata dengan bahan tumis sampai sotong masak.
7. Akhir sekali, masukkan nasi putih. Gaul rata sampai semuanya sebati dan nasi berbau harum. Siap untuk dihidang!
Tip tambahan dalam resepi Nasi Goreng Sotong:
- Sotong perlu ditoskan betul-betul supaya nasi tak berair.
- Jika suka lebih pedas, boleh lebihkan cili padi hijau.
- Nasi semalaman lebih sesuai kerana teksturnya tak lembik dan mudah digoreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Har Ryea
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan!
The post Nasi Goreng Sotong Campur Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Dekat Kedai! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan