Ikan Sambal Kicap Pedas Ala Thai, Rasa Masam Manis Padu Buat Nasi Tak Cukup Sepinggan!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Apabila teringin makan lauk yang pedas, manis, masin dan masam serentak, anda boleh cuba resipi Ikan Sambal Kicap Pedas Ala Thai ini. Setelah makan, sedapnya tak terkata.
Jika ikut cara Thai, mereka memang suka guna bahan segar seperti cili, limau, daun ketumbar dan sos ikan. Bau wangi dan rasa pedasnya memang buat kita teringat-ingat.
Resipi Ikan Sambal Kicap Pedas Ala Thai yang dikongsikan oleh Umi Watie di Facebook ini menarik perhatian ramai kerana hasilnya cukup menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!
RESIPI IKAN SAMBAL KICAP PEDAS ALA THAI
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 hingga 15 biji cili hijau
- 10 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
- 1 senduk besar sos ikan
- ¼ cawan kicap manis
- Tomato
- Jus limau
- Daun limau purut
- Daun ketumbar
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan cili hijau dan cili api, kemudian tumis sampai layu dan pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan sos ikan dan kicap manis, kemudian gaul rata.
4. Seterusnya, masukkan tomato dan jus limau, kemudian kacau sebati.
5. Akhir sekali, tambah daun limau purut dan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!
Selain ikan, kuah daripada resipi Ikan Sambal Kicap Pedas ala Thai ini sedap juga dimakan bersama ayam goreng, sotong, udang atau apa saja lauk kegemaran kita.
Selamat mencuba!
Sumber: Umi Watie
Baca juga: Ikan Goreng Sambal Simple, Main Campak-Campak Pun Rasa Tetap ‘Power’
The post Ikan Sambal Kicap Pedas Ala Thai, Rasa Masam Manis Padu Buat Nasi Tak Cukup Sepinggan! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan