Cara Membuat Bingka Pandan Paling Mudah, Tak Perlu Modal Besar Tapi Hasil Gebu & Harum!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Cara membuat bingka pandan sentiasa dicari setiap hari kerana aroma harum santan dan pandan yang membangkitkan nostalgia. Sampai sekarang, ia tetap jadi kegemaran ramai.
Bingka pandan merupakan sejenis kuih bakar yang lembut di dalam dan sedikit garing di luar dan penuh. Selain sarapan, rasanya yang lemak manis sangat memikat selera untuk minum petang.
Seperti perkongsian Balkhais Rifaie di Facebook, walaupun oven sedikit meragam dan tiada stok bijan di rumah, hasil bingka pandan yang dibuatnya tetap menjadi. Jom kita cuba!
Baca juga: Bingka Ubi Kayu Bakar Sedap, Ikut Tips Orang Lama Confirm Lembut Menjadi!
CARA MEMBUAT BINGKA PANDAN
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan air pandan
- 3 cawan santan (2 cawan santan kotak + 1 cawan air)
- 3 biji telur
- 2 sudu besar butter
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit warna hijau atau pes pandan
- Sedikit bijan
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, satukan semua bahan, kacau sampai sebati atau boleh kisar dalam blender.
2. Selepas itu, sapu minyak pada loyang dan panaskan sebentar dalam oven.
3. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan di atasnya (tiada pun tak mengapa).
4. Seterusnya, bakar pada suhu 180°C selama 45 minit hingga 1 jam menggunakan api bawah.
5. Akhir sekali, bakar 10 hingga 20 minit dengan api atas untuk dapatkan permukaan perang keemasan. Siap untuk dinikmati!
Walaupun cara membuat bingka pandan sangat ringkas, namun tetap memikat selera dengan rasa lemak manisnya. Paling seronok, apabila dapat menikmatinya panas-panas sambil minum teh atau kopi O.
Selamat mencuba!
Sumber: Balkhais Rifaie
Baca juga: Resepi Bingka Susu Guna Sukatan Tin, Bau Wangi Satu Rumah & Confirm Menjadi!
The post Cara Membuat Bingka Pandan Paling Mudah, Tak Perlu Modal Besar Tapi Hasil Gebu & Harum! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan