Cara Masak Bihun Goreng Singapore Lembut, Wangi & Tak Hancur, Confirm Licin Satu Kuali!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Setiap keluarga pasti ada satu menu kegemaran yang sering menjadi rebutan anak-anak. Begitu juga dengan cara masak Bihun Singapore yang kami jumpa, ia dibuat dengan penuh kasih sayang.
Bihun Singapore ialah sejenis hidangan bihun yang digoreng kering tanpa menggunakan kicap pekat. Warna bihunnya kelihatan putih atau pucat, berbeza dengan bihun goreng biasa yang selalunya berwarna gelap.
Cara masak Bihun Singapore oleh Adnan Bin Mat Abu di Facebook kelihatan menyelerakan dengan cara tersendiri untuk memikat selera keluarganya. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!
CARA MASAK BIHUN SINGAPORE
Bahan-bahan:
- 4 bungkus bihun
- 4 ketul dada ayam (dipotong dadu)
- ½ kg udang segar
- ½ kg udang kertas (dikisar halus)
- 5 biji telur
- ½ kg kobis
- 2 batang lobak merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- Fishcake dan fishball secukupnya
- 4 sudu besar lada sulah
- 3 sudu besar serbuk lada hitam
- Garam, perasa dan cili padi tumbuk (ikut selera)
Cara-cara masak bihun singapore:
1. Mula-mula, rendam bihun selama 1 jam dengan air biasa.
2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kemudian tumis sampai naik bau.
3. Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Setelah ayam masak, masukkan udang kertas kisar.
4. Biar mendidih, kemudian masukkan telur. Biarkan seketika baru kacau.
5. Selepas itu, masukkan udang segar dan tunggu sampai bertukar warna.
6. Masukkan lobak merah dan kobis, kemudian biar layu. Tambah garam dan perasa.
7. Kecilkan api dan masukkan bihun. Gaul rata dan tambah lada sulah serta lada hitam.
8. Tuang semangkuk air masak, tutup periuk. Selepas 3 minit, buka tudung dan kacau rata.
9. Masukkan cili padi tumbuk untuk rasa pedas-pedas manja.
10. Akhir sekali, masak sampai bihun lembut dan naik wap. Siap untuk dihidang!
Nak lagi sedap, makan panas-panas bersama sambal kicap atau hirisan cili jeruk. Inilah keistimewaan resipi turun-temurun yang bukan saja mengenyangkan, tapi juga menyatukan keluarga di meja makan.
Selamat mencuba!
Sumber: Adnan Bin Mat Abu
Baca juga: Rahsia Bihun Goreng Sedap Tanpa Sebarang Sos, Ganti Dengan Bahan Rahsia ‘Ini’ Saja!
The post Cara Masak Bihun Goreng Singapore Lembut, Wangi & Tak Hancur, Confirm Licin Satu Kuali! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan