Langkau ke kandungan utama

Telur Dadar Boleh Masak Dengan 2 Cara, Tapi Hanya Satu Yang Buat Gebu & Mengembang Cantik

Imej
https://ift.tt/rUcmjvp Ramai yang suka masak telur dadar kerana mudah dan ringkas. Pernah terfikir tak, kenapa ada orang buat telur dadar gebu, tebal dan lembut, sedangkan ada yang jadi leper dan nipis? Rahsia buat telur dadar gebu bukanlah pada bahan, tapi pada teknik memasak. Bezanya bergantung pada cara telur dipukul, putih telur, suhu dan kesegaran telur itu sendiri. Nur Mashitah telah dedahkan dua teknik mudah buat telur dadar gebu yang boleh dicuba sesiapa saja di rumah. Nampak kecil, tapi hasilnya memang ketara. Jom kita tengok caranya! Baca juga: Resepi Telur Goreng Lilin Rangup & Comel, Idea Kreatif Untuk Pikat Selera Anak CARA BUAT TELUR DADAR GEBU 1. TEKNIK PERTAMA: PUKUL TELUR SEKALI DAN TERUS GORENG. Teknik yang paling biasa diamalkan iaitu kuning telur dan putih telur dipukul bersama dalam satu bekas . Selepas itu, terus goreng di atas kuali dengan sedikit minyak . Hasilnya telur dadar tetap sedap, tapi teksturnya lebih padat dan taklah terlalu gebu. 2. TEKN...

Cara Buat Cucur Kembung Terlajak Gebu, Resipi Senang Yang Semua Boleh Cuba Buat!

https://ift.tt/cgVJvto

resepi cucur kembung

Resepi cucur kembung ini sangat mudah dan patut anda cuba. Dengan bahan ringkas yang memang ada di dapur, cucur ini akan ‘kembong’ cantik bila digoreng, gebu di dalam dan rangup di luar.

Kalau makan panas-panas, cicah pula dengan sambal tumis atau kuah kari, memang bertambah selera. Sesuai sangat untuk sarapan ataupun minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Cucur Kucai Udang Geragau Yang Buat Orang Berebut, Guna Bahan Sempoi Saja!

RESEPI CUCUR KEMBUNG GEBU YANG RANGUP DI LUAR DAN LEMBUT DI DALAM

resepi cucur kembung

Bahan-bahan:

  • 600 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 paket yis segera (contoh: Mauripan)
  • 1 sudu kecil gula (untuk bancuh dengan yis)
  • 2 gelas air biasa
  • ½ gelas minyak masak

Cara-cara:

  1. Rendam yis bersama 1 sudu kecil gula dan sedikit air biasa. Biarkan seketiha sehingga yis berbuih/naik.
  2. Dalam satu bekas lain, satukan tepung gandum, air biasa, campuran yis tadi, minyak masak, susu pekat dan gula pasir.
  3. Gaul rata hingga sebati, kemudian perap adunan selama 1 jam sehingga kembang.
  4. Panaskan minyak, goreng cucur dengan api perlahan supaya masak sekata dan kembong elok.
  5. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang panas-panas.

Sumber: Hajah Zainab Bt Mawan

Baca juga: Resipi Cucur Udang Rangup Tanpa Guna Yis, Bila Goreng Berkuping Kerak Cantik!

The post Cara Buat Cucur Kembung Terlajak Gebu, Resipi Senang Yang Semua Boleh Cuba Buat! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan