Wanita Kongsi Resipi Ikan Masak Kicap Berempah Dari Ibunya, Kuah Cukup Pedas Manis!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Semua orang pasti rindu masakan ibu. Ada masakan yang ringkas saja, tapi apabila ibu yang masak, rasanya lain macam. Samalah seperti resipi Ikan Masak Kicap Berempah ini.
Jika selalu masak ikan goreng garing saja, boleh cuba versi berempah pula. Kuah kicapnya pekat, ada rasa pedas manis dan wangi dengan daun kari serta jintan putih yang disangai.
Resipi Ikan Masak Kicap Berempah ini dikongsikan oleh Pari Malar Thoraisingam di Facebook yang dipelajari daripada ibunya sendiri. Jom kita cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Kaci Masak Asam Paling Simple, Kuah Masam Pedas Buat Orang Makan Berselera!
RESIPI IKAN MASAK KICAP BEREMPAH
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan bawal emas (atau ikan pilihan)
- 3 biji bawang merah (hiris halus)
- 2 ulas bawang putih (hiris halus)
- 1 inci halia (hiris halus)
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar air
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos cili
- Sedikit serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan, garam
- Sedikit jintan putih (disangai)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaul ikan dengan serbuk cili, kunyit, serbuk kari ikan dan garam. Goreng sekejap saja, jangan sampai garing.
2. Kemudian, panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sampai wangi.
3. Selepas itu, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, cuka dan sos cili. Tambah air dan kacau rata sampai kuah sedikit pekat.
4. Akhir sekali, tuang kuah atas ikan yang sudah digoreng tadi. Tabur jintan putih sangai untuk naikkan aroma. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Pari Malar Thoraisingam
Baca juga: Ikan Masak Kicap Berkuah Pekat, Sampai Kawan Suami Pun Minta Resipi!
The post Wanita Kongsi Resipi Ikan Masak Kicap Berempah Dari Ibunya, Kuah Cukup Pedas Manis! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan