Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!

Imej
https://ift.tt/NbIdrOA Nasi lemak bukan sekadar makanan, ia lambang budaya, cita rasa tempatan dan sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia. MyResipi, sebagai platform komuniti makanan digital terkemuka di bawah REV Media Group, kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan mereka dalam kempen istimewa, “ Makan Sini Best ” . Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini bertujuan untuk mencari dan meraikan pengusaha nasi lemak terbaik di Lembah Klang. Lebih menarik, seluruh proses pencalonan dan pemilihan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia menjadikan suara komuniti sebagai penentu utama. Baca Juga: 5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral! Baca Juga: MyResipi Lancar Kempen “Makan Sini Best” Untuk Mencari Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang Fasa Pencalonan Bermula Bermula dari 9 hingga 23 Ogos 2025 , orang ramai boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak p...

Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!

https://ift.tt/LTKvY4w

resipi ayam madu

Resipi ayam madu versi berkuah ini sangat mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja. Hidangan ini juga sangat sesuai dipadankan dengan nasi kuning. Namun, dinikmati bersama nasi putih biasa pun tetap lazat!

Rasa kuah madunya hampir menyerupai hidangan di restoran mamak, tetapi secara keseluruhan, ia mengingatkan kita kepada ayam masak merah. Boleh dikatakan resipi ini merupakan gabungan cita rasa masakan mamak dan Melayu.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Puan Noor Baizura di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!

RESIPI AYAM MADU

resipi ayam madu

Bahan A (kisar):

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 genggam cili kering (rebus dan tos terlebih dahulu)
  • Sedikit halia

Bahan B (tumis):

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (simpul)

Bahan C (lain-lain):

  • 4 sudu makan serbuk cili Babas
  • 1 cawan sos cili
  • Garam & ajinomoto (secukup rasa)
  • Gula (anggaran 700g sebagai ganti madu)
  • 2 ekor ayam (potong & goreng separuh masak)
  • Bijan (untuk tabur semasa hidang)

Cara-cara:

  1. Kisar bahan A (bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia) sehingga halus. Ketepikan.
  2. Tumis bahan B (kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dan daun pandan) dalam minyak panas sehingga naik bau dan wangi.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Masak hingga bahan sedikit kering.
  4. Tambah 4 sudu makan serbuk cili. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan 1 cawan sos cili, garam, ajinomoto dan gula (anggaran 700g, bergantung pada tahap kemanisan yang diingini).
  6. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul rata dan biarkan ayam meresap kuah dalam api sederhana hingga pekat.
  8. Setelah masak, tutup api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.

Sumber: Noor Baizura

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

The post Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan