Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Nasi lemak bukan sekadar makanan, ia lambang budaya, cita rasa tempatan dan sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.
MyResipi, sebagai platform komuniti makanan digital terkemuka di bawah REV Media Group, kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan mereka dalam kempen istimewa, “Makan Sini Best”.
Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini bertujuan untuk mencari dan meraikan pengusaha nasi lemak terbaik di Lembah Klang.
Lebih menarik, seluruh proses pencalonan dan pemilihan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia menjadikan suara komuniti sebagai penentu utama.
Baca Juga: 5 Jenis Nasi Lemak Popular Di Malaysia, No. 3 Tu Paling ‘Rare’ & Pernah Viral!
Baca Juga: MyResipi Lancar Kempen “Makan Sini Best” Untuk Mencari Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang
Fasa Pencalonan Bermula
Bermula dari 9 hingga 23 Ogos 2025, orang ramai boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak pilihan masing-masing dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi kempen di media sosial MyResipi:
Calonkan nasi lemak kegemaran anda berserta maklumat penting di bawah:
-
Nama gerai atau restoran
-
Lokasi
-
Sebab mengapa kedai tersebut layak menerima pengiktirafan
Sama ada kerana sambalnya yang pedas berapi, nasi lemak daun pisang asli, layanan mesra atau suasana nostalgia, segala sebab adalah sah selagi ia datang daripada pengalaman sebenar.
Calonkan Nasi Lemak, Peluang Menang Hadiah Menarik

Bagi memeriahkan lagi fasa pencalonan, MyResipi turut menganjurkan beberapa peraduan menarik sepanjang tempoh kempen dengan tawaran hadiah eksklusif tajaan Le Nona. Antaranya:
-
Peraduan Gambar Nasi Lemak Paling Kreatif, di mana seorang pemenang akan membawa pulang sebuah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
-
Peraduan Komen Paling Meyakinkan, yang menawarkan dua hadiah utama: Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Scarlet Edition).
Kreativiti dan keikhlasan dalam berkongsi pengalaman sangat digalakkan kerana ia akan menjadi inspirasi kepada komuniti lain untuk mencuba dan menyokong vendor tempatan.
Acara Kemuncak: 25 September 2025
Kemuncak kempen akan berlangsung pada 25 September 2025 melalui sebuah acara mini penganugerahan yang akan mengiktiraf vendor nasi lemak terbaik pilihan rakyat.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan komuniti, 100 pengunjung terawal bakal menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif daripada rakan penaja seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.
Maklumat Lanjut

Sebuah laman mikro khas telah dibangunkan di www.myresipi.com/makansinibest untuk memberikan maklumat terkini tentang senarai pencalonan, fasa undian serta aktiviti-aktiviti sepanjang kempen.
“Makan Sini Best” bukan sahaja platform untuk mengiktiraf hidangan kegemaran rakyat, tetapi juga usaha untuk mengukuhkan sokongan terhadap pengusaha makanan tempatan yang menjadi tulang belakang dunia kulinari Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk calonkan nasi lemak kegemaran anda bagi mengangkat jenama itu ke pentas tertinggi. Siapa tahu, pencalonan anda bakal menobatkan mereka sebagai Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang tahun ini.
The post Makan Sini Best: Calonkan Nasi Lemak Kegemaran Anda & Menangi Hadiah Eksklusif! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan