Resipi Akok Kedut, Rasa Mewah Dengan Telur Tapi Tak Hanyir Langsung!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kuih akok kedut merupakan sejenis kuih tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan mempunyai ramai peminat.
Bukan sahaja penduduk Kelantan, malah ramai juga dari negeri-negeri lain yang menggemarinya.
Resipi ini menggunakan sukatan gula yang tidak terlalu manis, jadi anda boleh sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa sendiri.
Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya perlu satukan semua bahan dan kisar menggunakan blender sahaja!
Baca juga: Cara Buat Kuih Lengat Pisang Kukus, Kuih Tradisional Lama Yang Jarang Orang Tahu
RESEPI KUIH AKOK KEDUT
Bahan-bahan:
- 7 biji telur gred A
- 250 gram santan (santan kotak + air)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan air
- 100 gram gula melaka (jika suka manis, boleh tambah 1 sudu gula)
- Secubit garam
- 3 helai daun pandan (gunting)
Cara-cara:
- Kisar gula melaka, air dan daun pandan hingga hancur. Tapis dan tuang semula ke dalam pengisar.
- Kisar sekali lagi air gula melaka tadi bersama semua bahan lain sehingga betul-betul kembang.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.
- Griskan muffin tray atau acuan akok dengan sedikit minyak, dan masukkan ke dalam oven seketika hingga tray menjadi panas.
- Keluarkan acuan dan tuang adunan sehingga ¾ penuh sahaja.
- Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak. Jika suka tekstur yang sedikit garing, boleh bakar lebih lama.
- Jangan risau jika akok nampak mengembang ketika dibakar, ia akan mengecut selepas dikeluarkan dari oven.
Sumber: Lily SyaziLiff
Baca juga: Resipi Kuih Kayu Keramat Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sedap Cicah Kopi Panas!
The post Resipi Akok Kedut, Rasa Mewah Dengan Telur Tapi Tak Hanyir Langsung! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan