Resepi Tauhu Berlauk Mudah Guna Acuan Lompang, Confirm Jadi & Tak Pecah!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Nak buat hidangan ringan untuk dinikmati bersama keluarga di rumah, boleh cuba resepi Tauhu Berlauk mudah ini. Paling menarik, anda boleh gunakan acuan lompang untuk dapatkan hasil menjadi.
Masalah yang biasa terjadi apabila buat Tauhu Berlauk adalah mudah pecah dan bentuknya tak sekata. Tapi jika ikut resepi yang dikongsikan oleh Asmida Nor ini, pasti hasilnya elok.
Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Masam, Segar Macam Baru Beli!
RESEPI TAUHU BERLAUK MUDAH
Bahan-bahan:
- 4 tauhu telur*
- 3 tauhu petak*
- 3 biji telur*
- Isi ayam*
- 1 bawang holland (dicincang halus)
- Lobak merah (disagat halus)
- Daun sup (diracik halus)
- 1 kiub pati ayam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisarkan bahan yang bertanda (*) sampai sebati dan hancur.
2. Masukkan lobak merah, bawang holland dan daun sup ke dalam adunan yang sudah dikisar tadi, kemudian kacau rata.
3. Masukkan garam, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam dan kiub pati ayam, kemudian kacau lagi sekali sampai sebati.
4. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam bekas kecil ataupun boleh gunakan acuan kuih lompang.
5. Seterusnya, kukus selama 15 hingga 20 minit.
6. Selepas kukus, celup telur terlebih dahulu kemudian goreng sampai garing, angkat dan toskan.
Bahan-bahan sambal kicap:
- 5 biji cili api
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula
- Garam
- Sos ikan atau jus limau
- Kicap
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, goreng dahulu sekejap sampai kulit cili nampak garing.
2. Kemudian, tumbuk halus bawang dan cili sampai halus.
3. Masukkan gula, kicap, sos ikan atau jus limau. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Tauhu Berlauk mudah ini boleh digunakan untuk minum petang di rumah. Jika nak buat sebagai idea untuk jualan pun boleh, pasti laku keras nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Asmida Nor
Baca juga: Tauhu Kuning Goreng Masin, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!
The post Resepi Tauhu Berlauk Mudah Guna Acuan Lompang, Confirm Jadi & Tak Pecah! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan