Langkau ke kandungan utama

Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan!

https://ift.tt/PI1NFbD

resepi nasi goreng kicap

Jika anda mempunyai lebihan nasi di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Nasi Goreng Kicap ini. Bukan setakat ringkas, malah cepat siap dan pasti kenyang nanti.

Nasi Goreng Kicap ialah sejenis nasi goreng ringkas yang menggunakan kicap sebagai bahan utama untuk memberikan rasa masin manis dan warna kehitaman yang menyelerakan.

Hasil daripada perkongsian resepi Nasi Goreng Kicap oleh Ekin Hafiz mendapat perhatian di Facebook dan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu!

RESEPI NASI GORENG KICAP

resepi nasi goreng kicap

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong dadu, goreng dulu)
  • Udang sikit (goreng sekali dengan ayam)
  • Bawang putih dan bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Cili potong
  • 2 sudu cili kisar
  • Sebiji telur
  • Nasi sejuk
  • Kicap secukupnya
  • Serbuk perasa (sikit saja, pilihan)
  • Sayur (ikut suka, sawi atau kubis pun boleh)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ayam potong dadu bersama udang sampai separuh masak.

2. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang merah tumbuk, tumis sampai naik bau.

3. Selepas itu, masukkan bawang potong dan cili potong, kacau rata.

4. Pecahkan telur, kacau, kemudian masuk 2 sudu cili kisar. Biarkan sampai agak garing.

5. Masukkan nasi bersama kicap dan serbuk perasa (jangan tambah garam sebab kicap sudah masin).

6. Akhir sekali, masukkan sayur dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

Pendek kata, Nasi Goreng Kicap ini boleh jadi penyelamat apabila anda buntu nak masak apa atau nak masak dengan cepat tapi tetap sedap dan mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Ekin Hafiz

Baca juga: Nasi Goreng Udang Kering Guna Pes Buatan Sendiri, Wanginya Sampai Jiran Toleh Dua Kali!

The post Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan