Langkau ke kandungan utama

Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!

Imej
https://ift.tt/qvxJGPc Nak buat lauk yang sedap, rangup di luar tapi lembut berjus di dalam, inilah masanya untuk anda cuba resepi Ayam Goreng Mamak . Bau wanginya, sampai depan rumah pun boleh bau. Rahsia keenakan dalam  Ayam Goreng Mamak ini sebenarnya terletak pada ramuan perapan yang cukup sebati. Jadi, tak hairanlah ia sentiasa menjadi rebutan di kedai mamak. Qhamcyahh Hidayat telah kongsikan resepi Ayam Goreng Mamak di Facebook yang hasilnya bakal membuatkan anda seisi keluarga ketagih menikmatinya. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Buat Nasi Kandar Simple Di Rumah, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai! RESEPI AYAM GORENG MAMAK Bahan-bahan: 1 ekor ayam 6 sudu makan tepung jagung 6 sudu makan tepung beras 3 tangkai daun kari Bahan kisar: 6 ulas bawang putih 2 inci halia 5 tangkai cili kering 2 sudu makan rempah kari 1 biji telur Garam secukup rasa 1 sudu makan serbuk lada sulah Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, te...

Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup, Makan Panas-Panas Memang Layan!

https://ift.tt/or2g7EB

resepi cucur jejari ketam

Dari cucur bawang, cucur udang sampai cucur jagung, semuanya ada peminat tersendiri. Tapi kali ini, kami nak ajak anda cuba sesuatu yang luar biasa iaitu resepi Cucur Jejari Ketam.

Resepi Cucur Jejari Ketam dikongsikan oleh Latifah Hassan di Facebook dengan cara yang sangat ringkas dan tak perlukan masa terlalu lama. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Cucur Manis 5 Bahan, Guna Trik Ini Hasil Bulat Elok & Rangup!

RESEPI CUCUR JEJARI KETAM

resepi cucur jejari ketam

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, tepung ikan bilis, bawang, kucai, cili dan jejari ketam dalam mangkuk besar.

2. Selepas itu, tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil kacau.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan ke dalam minyak panas.

4. Akhir sekali, goreng sampai keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Cucur ini mempunyai gabungan rasa manis daripada jejari ketam, pedas-pedas cili dan wangi kucai yang membuatkan selera terangkat apabila digoreng panas-panas.

Sebenarnya, air sejuk membantu Cucur Jejari Ketam ini jadi lebih rangup di luar. Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambahkan hirisan cili api dalam adunan.

Selamat mencuba!

Sumber: Latifah Hassan

Baca juga: Cucur Udang Rangup di Luar & Lembut Gebu Di Dalam, Lengkap Dengan Kuah Kacang Pekat Berlemak!

The post Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup, Makan Panas-Panas Memang Layan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan