Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Nak buat lauk yang sedap, rangup di luar tapi lembut berjus di dalam, inilah masanya untuk anda cuba resepi Ayam Goreng Mamak. Bau wanginya, sampai depan rumah pun boleh bau.
Rahsia keenakan dalam Ayam Goreng Mamak ini sebenarnya terletak pada ramuan perapan yang cukup sebati. Jadi, tak hairanlah ia sentiasa menjadi rebutan di kedai mamak.
Qhamcyahh Hidayat telah kongsikan resepi Ayam Goreng Mamak di Facebook yang hasilnya bakal membuatkan anda seisi keluarga ketagih menikmatinya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Nasi Kandar Simple Di Rumah, Confirm Sedap Macam Dekat Kedai!
RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung beras
- 3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama perap, lagi padu rasanya.
2. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sampai masak, garing dan berbau harum.
3. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
Selepas ini, bolehlah buat sendiri di rumah. Makan dengan nasi putih panas-panas pun sudah cukup. Nak panaskan semula pun tiada masalah, rasa rangup itu tetap ada.
Selamat mencuba!
Sumber: Qhamcyahh Hidayat
Baca juga: Resepi Kari Ayam Mamak Tanpa Santan, Ada Cara Tumis Bagi Rasa Lebih Padu!
The post Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan