Rahsia Kulit Karipap Rangup Sampai Ke Petang, Kena Tahu Sukatan & Teknik Betul
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Nak buat kulit karipap rangup sampai ke petang sebenarnya tak susah mana, tapi kena tahu cara dan sukatan yang tepat. Rahsia ini bukan sekadar pada resepi, tapi juga pada teknik dan masa rehat doh yang betul.
Resipi yang dikongsikan oleh Che Kelly ini guna sukatan minyak, jenis tepung dan air kapur makan yang tepat supaya doh lembut, senang dibentuk dan hasilnya kekal rangup walaupun dah lama digoreng.
Baca juga: Rahsia Telur Rebus Licin Sempurna, Ikut Petua Ini Barulah Senang Nak Kupas!
RAHSIA KULIT KARIPAP RANGUP SAMPAI KE PETANG
1. Sukatan Minyak & Marjerin
Untuk setiap 1 kg tepung, gunakan 1 cawan minyak masak dan 2 sudu makan marjerin. Panaskan minyak dan marjerin hingga betul-betul panas, kemudian curahkan ke atas tepung. Hati-hati ya, minyak sangat panas, jadi gaul dulu dengan sudu sebelum guna tangan.
2. Jenis Tepung
Gunakan tepung gandum cap Sauh sahaja untuk hasil yang lebih rangup.
3. Air Kapur
Ini rahsia buat kulit karipap rangup sampai petang dengan menggunakan air kapur. Ambil air rendaman kapur yang jernih dan untuk setiap 1 kg tepung, masukkan 2 sudu makan air kapur.
CARA MENGULI DOH
Gaulkan tepung bersama minyak panas dan marjerin tadi. Kemudian masukkan air biasa dan air kapur, uli hingga sebati. Tak perlu risau kalau doh tak licin, asalkan bahan sudah sebati.
Selepas siap uli, masukkan doh ke dalam plastik untuk elakkan terkena angin. Rehatkan selama 4 jam sebelum digunakan. Kaedah ini membuatkan doh lebih lembut dan sedikit berminyak. Itulah rahsia kulit karipap yang kekal rangup hingga ke petang.
Sumber: Zyureena Ahmad
Baca juga: Rahsia Ulam Ulaman Celur Tak Lebam, Warna Tetap Hijau & Kekal Menawan
The post Rahsia Kulit Karipap Rangup Sampai Ke Petang, Kena Tahu Sukatan & Teknik Betul appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan