Petua Goreng Ikan Keli Lurus & Tak Bengkok, Ini Tips Paling ‘Rare’ Tapi Menjadi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sesiapa yang pernah goreng ikan keli pasti pernah hadapi situasi yang tiba-tiba badan ikan itu jadi bengkok. Ramai tak tahu, ada petua goreng ikan keli lurus dan tak bengkok sebenarnya.
Ikan keli ialah sejenis ikan air tawar yang sangat popular di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain. Antara masakan boleh dibuat ialah masak lemak cili api, berlada, percik, bakar dan tempoyak.
Jika anda suka masak ikan keli tapi selalu kecewa dengan hasil gorengan yang tak berapa cantik, bolehlah ikut petua goreng ikan keli yang dikongsikan oleh Ayue Jalal di Facebook ini.
Baca juga: Cara Buang Hanyir Ikan Patin Dengan Petua Paling Berkesan, Bau Lumpur Pun Hilang Tanpa Jejak!
PETUA GORENG IKAN KELI LURUS & TAK BENGKOK
1. Pilih saiz ikan keli sederhana.
Bukan setakat mudah digoreng, malah ikan keli bersaiz sederhana lebih rangup apabila dimakan. Kadangkala, saiz yang besar liat sedikit dan mudah patah apabila digoreng.
2. Rahsia elak melekat dan minyak meletup.
Sebelum masukkan ikan, goreng 2 hingga 3 keping asam keping dalam minyak panas dulu. Cara ini membantu mengurangkan letupan minyak dan mengelak ikan melekat sesama sendiri.
3. Lumur tepung jagung.
Gaul ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Hal ini kerana tepung jagung bagi tekstur rangup pada ikan keli.
4. Guna kuali besar dan banyak minyak.
Pastikan minyak betul-betul panas dan jangan sesekali masukkan ikan keli terlalu banyak dalam satu kuali. Cukup letak 4 hingga 5 ekor, kemudian susun elok-elok.
5. Jika ikan melekat, guna gunting dapur.
Jika ada ikan yang melekat, jangan terus tarik kerana nanti isi hancur. Gunakan gunting dapur untuk pisahkannya dengan lembut, baru cantik hasilnya.
ANTARA PUNCA IKAN KELI JADI BENGKOK SETELAH DIGORENG
- Ikan keli masih separuh beku.
- Guna kuali yang terlalu kecil.
- Minyak belum cukup panas.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ayue Jalal
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Buang Lendir Ikan Keli Dengan Cepat, Goreng Pun Tak Meletup!
The post Petua Goreng Ikan Keli Lurus & Tak Bengkok, Ini Tips Paling ‘Rare’ Tapi Menjadi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan