Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Di bawah terik cahaya matahari, seorang mak cik kelihatan duduk di bangku kayu, setia menunggu pelanggan datang membeli nasi lemak jualannya. Setiap hari beliau tetap gigih jual nasi lemak walaupun tiada ramai orang datang membeli.
Mak cik ini sudah lama jual nasi lemak sebagai sumber pendapatan harian. Mak cik ini bukan berniaga untuk mengejar kekayaan, sebaliknya beliau hanya sekadar mencari rezeki cukup untuk meneruskan hidup setiap hari.
Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok, sejak kebelakangan ini, jualan nasi lemak mak cik ini semakin kurang sambutan. Ada hari nasi lemaknya laku habis, tapi ada juga hari langsung tiada pelanggan singgah beli.
Baca juga: “Along Dah Tak Ada” – Bapa Kongsi Kisah Sedih Anak Meninggal Lepas Minum Air Tin Tak Basuh
MAK CIK JUAL NASI LEMAK RM1.50 UNDANG SEBAK, SETIA TUNGGU PELANGGAN BAWAH PANAS TERIK
Walaupun sederhana, sambal dan gulai udangnya dikatakan sangat sedap. Sepinggan nasi lemak yang dijual hanya RM1.50 sahaja, cukup murah untuk zaman sekarang.
Ada hari pelanggan ramai, ada hari tiada langsung yang singgah. Tetapi beliau masih tetap berusaha, walaupun terpaksa berpanas dan berjaga awal pagi untuk memasak.
Kegigihan beliau ini mengingatkan ramai pada jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ada yang tersentuh kerana terbayang wajah arwah ibu sendiri setiap kali melihat mak cik ini tetap kuat berusaha walau usia sudah lanjut.
Bagi sesiapa yang ingin memberi sokongan, boleh singgah ke gerai kecil ini di:
- Simpang Tiga Ara Kuda (sebelah tanah perkuburan masjid Aceh Ara Kuda)
Walaupun hanya membeli sebungkus nasi lemak, besar maknanya buat beliau. Nilai sebenar bukan pada harga, tetapi pada sokongan kita terhadap usaha seorang insan tua yang mencari rezeki halal.
Sumber: TikTok @_kakpinat
Baca juga: Gara-Gara Telan Segumpal Nasi Sebab Tercekik Tulang Ikan, Ragut Nyawa Lelaki Ini
The post Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan