Langkau ke kandungan utama

Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan!

Imej
https://ift.tt/PI1NFbD Jika anda mempunyai lebihan nasi di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Nasi Goreng Kicap ini. Bukan setakat ringkas, malah cepat siap dan pasti kenyang nanti. Nasi Goreng Kicap ialah sejenis nasi goreng ringkas yang menggunakan kicap sebagai bahan utama untuk memberikan rasa masin manis dan warna kehitaman yang menyelerakan. Hasil daripada perkongsian resepi Nasi Goreng Kicap oleh Ekin Hafiz mendapat perhatian di Facebook dan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu! RESEPI NASI GORENG KICAP Bahan-bahan: Ayam (dipotong dadu, goreng dulu) Udang sikit (goreng sekali dengan ayam) Bawang putih dan bawang merah (ditumbuk) Bawang besar (dipotong bulat) Cili potong 2 sudu cili kisar Sebiji telur Nasi sejuk Kicap secukupnya Serbuk perasa (sikit saja, pilihan) Sayur (ikut suka, sawi atau kubis pun boleh) Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng ayam poton...

Kuali Lama Hitam Berkerak? Cuba Cara Ini Guna 2 Bahan Saja, Terus Bersih Berkilat Macam Baru!

https://ift.tt/9W6qSNM

cara hilangkan kerak kuali

Apabila lihat belakang kuali yang hitam legam dan berkerak, memang boleh buat hilang mood nak masak. Jangan risau, kami ada cara hilangkan kerak kuali dengan berkesan.

Ramai sebenarnya yang simpan kuali lama kerana hasil masakan jadi lebih sedap. Tapi, masalah kerak yang tebal membuatkan orang yang tak biasa guna rasa ragu-ragu nak pakai.

Kali ini, kami kongsikan satu cara yang dikongsikan oleh Siti Raehah Sahal di Facebook dengan langkah demi langkah untuk make over kuali kesayangannya. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

CARA HILANGKAN KERAK KUALI

1. Mula-mula, sapukan pencuci seperti jenama Cif ke seluruh bahagian belakang kuali dengan rata, kemudian biarkan seketika.

cara hilangkan kerak kuali

2. Selepas itu, sental bahagian belakang kuali dengan menggunakan dawai gosok periuk atau berus sental khas.

cara hilangkan kerak kuali

3. Jika ada kerak yang degil, boleh kikis perlahan-lahan dengan pisau.

4. Seterusnya, ulang sapuan pencuci jenama Cif dan campurkan dengan sabun buku atau sabun cap kapak (sabun jenis ini memang berkesan untuk hilangkan minyak dan kerak lama).

5. Apabila sudah puas hati dengan hasilnya, bilas kuali seperti biasa dan lap sampai kering. Siap untuk digunakan!

Tips Tambahan:

  • Gunakan sarung tangan supaya kulit tangan tak pedih.
  • Lakukan di luar rumah atau kawasan mudah cuci kerana air akan kotor.
  • Jika rajin, boleh buat sesi deep clean sebulan sekali untuk jaga rupa kuali.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Raehah Sahal

Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!

The post Kuali Lama Hitam Berkerak? Cuba Cara Ini Guna 2 Bahan Saja, Terus Bersih Berkilat Macam Baru! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan