Langkau ke kandungan utama

Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan!

Imej
https://ift.tt/PI1NFbD Jika anda mempunyai lebihan nasi di rumah, kami cadangkan anda cuba resepi Nasi Goreng Kicap ini. Bukan setakat ringkas, malah cepat siap dan pasti kenyang nanti. Nasi Goreng Kicap ialah sejenis nasi goreng ringkas yang menggunakan kicap sebagai bahan utama untuk memberikan rasa masin manis dan warna kehitaman yang menyelerakan. Hasil daripada perkongsian resepi Nasi Goreng Kicap oleh Ekin Hafiz mendapat perhatian di Facebook dan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu! RESEPI NASI GORENG KICAP Bahan-bahan: Ayam (dipotong dadu, goreng dulu) Udang sikit (goreng sekali dengan ayam) Bawang putih dan bawang merah (ditumbuk) Bawang besar (dipotong bulat) Cili potong 2 sudu cili kisar Sebiji telur Nasi sejuk Kicap secukupnya Serbuk perasa (sikit saja, pilihan) Sayur (ikut suka, sawi atau kubis pun boleh) Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng ayam poton...

10 Pilihan Sambal Yang Orang Malaysia Suka Makan Dengan Nasi Lemak, Semuanya Sedap Belaka!

https://ift.tt/c6z9Hxi

jenis sambal nasi lemak

Nasi lemak tak lengkap tanpa sambal sedap yang membuatkannya terasa nikmat. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sambal nasi lemak yang orang Malaysia cukup suka makan.

Ini antara jenis sambal yang paling popular dan sering menjadi pilihan untuk nasi lemak. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk hidangan di rumah, jom kita tengok!

Baca juga: Nak Makan Nasi Lemak Tapi Jaga Pemakanan? Cuba Cara Sihat Ni, Rasa Tetap Padu!

10 JENIS SAMBAL NASI LEMAK YANG ORANG MALAYSIA SUKA

1. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS.

jenis sambal nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Chek Kuna Ahmad

Sambal klasik yang paling banyak digunakan, terutamanya di warung dan gerai tepi jalan. Rasanya pedas manis, pekat dan penuh dengan ikan bilis goreng rangup.

2. SAMBAL SOTONG.

Sambal ini lebih berkuah dan sedikit manis dengan hirisan sotong yang kenyal. Selain sotong kembang, ada juga yang guna sotong kecil yang dipotong halus.

3. SAMBAL UDANG.

Peminat makanan laut wajib masukkan sambal ini dalam senarai. Udang segar yang dimasak bersama sambal tumis yang beraroma, ditambah pula rasa manis dan pedas yang seimbang.

4. SAMBAL KERANG.

jenis sambal nasi lemak

Kredit gambar: Facebook Uya Masbah

Sambal ini tak kurang juga hebatnya. Kerang direbus dan disiang, kemudian ditumis dengan sambal pedas manis yang sememangnya padu dimakan dengan nasi lemak.

5. SAMBAL PARU.

Sesiapa yang suka makan paru goreng, kenalah cuba makan sambalnya dengan nasi lemak. Paru digoreng garing dan digaul dalam sambal tumis pekat, cukup membangkitkan selera.

6. SAMBAL TELUR REBUS.

Sambal ini ringkas tapi sentiasa jadi rebutan. Telur rebus dibelah dua dan dimasak dalam sambal tumis pekat yang mudah disediakan, tapi sedap dimakan bersama nasi lemak.

7. SAMBAL IKAN TONGKOL.

Kredit gambar: Facebook HasnieZa Nor

Sambal ini biasanya pekat, berminyak dan berempah dengan isi ikan tongkol yang padu. Lebih-lebih lagi, ia sangat sesuai untuk mereka yang suka nasi lemak gaya Pantai Timur.

8. SAMBAL HIJAU.

Jarang sambal ini digandingkan dengan nasi lemak, tapi sekarang ia semakin popular di kafe hipster. Tambahan pula, ia sesuai untuk mereka yang tak tahan pedas merah menyala.

9. SAMBAL HITAM PAHANG.

Sambal ini sangat popular di negeri Pahang yang dibuat dengan belimbing buluh, cili dan ikan bilis. Rasanya masam, pedas dan unik, sesuai untuk penggemar sambal berempah.

10. SAMBAL GARING.

Tesktur sambal ini sangat rangup, pedas dan tahan lama. Biasanya dijual dalam balang dan sesuai untuk nasi lemak bungkus. Terdapat versi ikan bilis, udang kering dan juga bilis halus.

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di www.myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara nasi lemak pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 25 September 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Semoga bermanfaat!

Sumber: wanisukarno.com

Baca juga: Merancang Kenduri Nasi Lemak? Ini Panduan Lengkap Sukatan & Logistik Masakan Untuk 50 Orang

The post 10 Pilihan Sambal Yang Orang Malaysia Suka Makan Dengan Nasi Lemak, Semuanya Sedap Belaka! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan