Resipi Sup Ayam Ini Bukan Biasa-Biasa! Kaya Dengan Rasa, Berherba & Tak Muak Langsung

Imej
https://ift.tt/jWCmVIT Cara buat sup ayam ini sedikit berbeza dari resipi biasa. Sup ayam ini rasa lebih kaya, berherba dan nikmat apabila dihirup kuahnya sewaktu masih panas. Sesuai untuk hari hujan, ketika kurang sihat atau bila inginkan sesuatu yang hangat dan menyegarkan badan. Kalau anda cuba resipi sup ayam ini memang dijamin akan jatuh cinta kerana rasanya memang berbeza. Lebih beraroma, rasa herba yang tak terlalu kuat dan yang penting, tak muak langsung! Baca juga: Resipi Sup Tulang Paling Sedap, Kuah Pekat & Padu Sampai Hirup Tak Berhenti! CARA BUAT SUP AYAM YANG MEWAH & PENUH RASA Bahan-bahan: 20 ketul ayam drummet dan kepak 1 biji bawang holland 8 ulas bawang putih 1 inci halia 4 tangkai daun sup 1 sudu kecil lada putih Sedikit minyak untuk menumis 8 biji buah pelaga Kentang atau lobak merah (ikut suka) Air secukupnya Garam dan perasa (jika suka) Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan Cara memasak: Dalam chopper, kisar bawang holland, bawan...

Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api Paling Padu, Hirup Kuahnya Terus Terangkat Selera!

https://ift.tt/l0bDUwM

udang masak lemak tempoyak

Jika anda penggemar masakan kampung, kami cadangkan anda cuba resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api yang cukup popular di Negeri Sembilan dan Pahang.

Gabungan rasa pedas dari cili api, lemak dari santan dan masam unik dari tempoyak menjadikan lauk ini sangat menyelerakan, terutama apabila dimakan dengan nasi panas-panas.

Resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api ini dikongsikan oleh Nana Ismail di Facebook yang telah membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

RESIPI UDANG MASAK LEMAK TEMPOYAK CILI API

udang masak lemak tempoyak

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang segar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 tangkai cili masak
  • Cili hijau atau cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • ½ cawan santan (boleh lebihkan jika nak kuah lebih pekat)
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun kunyit (dihiris kasar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar kasar bawang kecil, bawang putih, cili masak dan cili hijau atau api. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air.

2. Masukkan juga serai yang telah diketuk, asam keping dan serbuk kunyit. Biarkan campuran ini mendidih atas api sederhana.

3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang bersama gula, garam, tempoyak dan santan. Kacau rata dan pastikan udang masak sepenuhnya.

4. Setelah udang masak dan kuah hampir pekat, masukkan hirisan daun kunyit. Biarkan ia reneh seketika hingga naik bau dan kuah menjadi pekat berlemak.

Setelah siap, anda boleh terus sajikan Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api bersama nasi putih panas. Nak lebih sedap, makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ismail

Baca juga: Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!

The post Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api Paling Padu, Hirup Kuahnya Terus Terangkat Selera! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan