Resipi Sup Ayam Ini Bukan Biasa-Biasa! Kaya Dengan Rasa, Berherba & Tak Muak Langsung

https://ift.tt/jWCmVIT

cara buat sup

Cara buat sup ayam ini sedikit berbeza dari resipi biasa. Sup ayam ini rasa lebih kaya, berherba dan nikmat apabila dihirup kuahnya sewaktu masih panas.

Sesuai untuk hari hujan, ketika kurang sihat atau bila inginkan sesuatu yang hangat dan menyegarkan badan.

Kalau anda cuba resipi sup ayam ini memang dijamin akan jatuh cinta kerana rasanya memang berbeza. Lebih beraroma, rasa herba yang tak terlalu kuat dan yang penting, tak muak langsung!

Baca juga: Resipi Sup Tulang Paling Sedap, Kuah Pekat & Padu Sampai Hirup Tak Berhenti!

CARA BUAT SUP AYAM YANG MEWAH & PENUH RASA

cara buat sup

Bahan-bahan:

  • 20 ketul ayam drummet dan kepak
  • 1 biji bawang holland
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 tangkai daun sup
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 8 biji buah pelaga
  • Kentang atau lobak merah (ikut suka)
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa (jika suka)
  • Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Dalam chopper, kisar bawang holland, bawang putih, halia, lada putih dan daun sup bersama sedikit minyak.
  2. Panaskan kuali atau periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan buah pelaga. (Jika mahu, boleh tambah sup bunjut.)
  3. Masukkan kentang atau lobak merah, kemudian tambah ayam. Tutup periuk seketika dan biarkan air ayam keluar.
  4. Apabila air ayam mula keluar, masukkan air secukupnya. Tutup semula dan reneh atas api perlahan.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa jika suka. Bila sup mendidih, masukkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Reneh lagi 5 minit dan tutup api.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

The post Resipi Sup Ayam Ini Bukan Biasa-Biasa! Kaya Dengan Rasa, Berherba & Tak Muak Langsung appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan