Langkau ke kandungan utama

Resepi Bihun Singapore Sedap, Ada Tips Supaya Tak Putus-Putus Semasa Goreng!

Imej
https://ift.tt/3tiGB8H Bihun goreng adalah hidangan yang cepat, mudah, dan menyelerakan. Kali ini, kami kongsikan resepi Bihun Singapore sedap yang boleh dimasak di rumah tanpa perlu bahan yang banyak. Resepi Bihun Singapore sedap popular kerana rasanya ringan tetapi penuh aroma. Dengan resipi ini, anda boleh menikmati hidangan yang sedap seperti di restoran tetapi lebih ringkas. Cik Puan Sarah berkongsi cara mudah untuk menghasilkan bihun yang lembut dan berperisa. Resepi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pasti menjadi kegemaran seisi rumah. Baca juga: Lelaki Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rendam Bihun Yang Betul, Tak Putus Bila Goreng! RESEPI BIHUN SINGAPORE SEDAP Bahan-bahan: Bihun (direndam hingga lembut) 1 atau 2 biji telur Lobak merah (dihiris nipis atau parut halus) Sayur kobis atau sawi secukupnya Bahan untuk dikisar: Bawang putih atau bawang merah Lada hitam Ikan bilis Serbuk perasa Cara-cara memasak: 1. Masukkan bawang putih, bawang merah, lada ...

Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Ramai Suka Sebab Teksturnya Meletup Bila Gigit!

https://ift.tt/ku0MC4H

paku rawan

Sayur paku rawan merupakan salah satu sayur kampung yang cukup digemari. Selain kaya dengan khasiat, teksturnya yang unik juga menjadi tarikan.

Apabila digigit, sayur ini memberi rasa segar dan sedikit rangup, seolah-olah meletup di dalam mulut. Itulah yang menjadikan ia begitu sedap dan membuka selera.

Sayur ini paling sesuai dimasak secara tumis. Tidak memerlukan banyak bahan, hanya dengan bawang, cili, sedikit belacan dan jika suka, boleh ditambah ikan bilis untuk lebih rasa. Hasilnya tetap enak dan cukup menyelerakan.

Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan harian. Cara penyediaannya mudah dan cepat, sesuai bagi sesiapa yang ingin masak lauk ringkas tetapi tetap sedap dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!

RESIPI SAYUR PAKU RAWAN TUMIS

paku rawan

Bahan-bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 biji bawang kecil
  • Cili merah secukupnya
  • Cili padi secukupnya

Bahan lain:

  • Pucuk paku rawan
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan
  • Ikan bilis (digoreng atau ditumbuk, jika suka)

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang besar, bawang kecil, cili merah dan cili padi hingga hancur (tidak perlu lumat).
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan sedikit garam dan belacan, kacau rata.
  4. Masukkan pucuk paku rawan yang telah dibersihkan. Gaul sebati dan biarkan ia layu sedikit.
  5. Akhir sekali, tambahkan ikan bilis goreng atau yang telah ditumbuk untuk menambah rasa.
  6. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Sumber: Zila Nur Aril

Baca juga: Resipi Cucur Sayur, Ikut Teknik Ini Barulah Hasilnya Rangup & Sedap Dimakan

The post Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Ramai Suka Sebab Teksturnya Meletup Bila Gigit! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan